Monday 27 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN PK PENTADBIRAN BARU SKST2

Pada pagi ini jam 9.30 pagi pihak pentadbir sekolah telah mengadakan majlis menyambut kedatangan Penolong Kanan Pentadbiran Baru SKST2 iaitu En Hashim Mohamed. Beliau bekas PK HEM Sk Sungai Tapang akan mula bertugas sebagai PK Pentadbiran mulai hari ini 28 Febuari 2012.

Semua warga sekolah dengan penuh rasa  gembira menyambut kedatangan PKP baru, sebagai menandakan rasa bersyukur kerana jawatan PKP sekolah kami telah mendapat penggantinya.En Hashim merupakan mantan PK Kokurikulum kami yang lalu.

            GAMBAR  YANG SEMPAT DIRAKAM  PADA MAJLIS SAMBUTAN PKP












Saturday 25 February 2012

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID 2012

Pada pagi ini  Unit Hal Ehwal MUrid sekolah yang dipimpin oleh PK HEM Pn Norizan Bt Mat dan AJK kerja telah melaksanakan majlis tahunanya iaitu majlis perlantikan pemimpin kecil yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua kelas serta penolong ketua kelas.

Majlis bermula jam 7.40 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Bacaan doa telah dilaksanakan oleh Us Rumaizi sebagai memberkati majlis yang diadakan.

Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Guru Besar sekolah En Mohd Saufi Mahmood dan diikuti dengan majlis perasmian perlantikan oleh En Mohd Saari ( INspektor Sukarelawan Polis) Daerah Tumpat.Beliau seterusnya menyampaikan watkah perlantikan kepada mujrid yang terlibat.Acara seterusnya diikuti dengan lafaz Ikran Pemimpin kecil oleh Ketua Pengawa sekolah.


 Guru Besar sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya

 Ketua Inpektor (SRP) En Saari sedang menyampaikan ucapan
dan mertasmikan majlis.


 En Saari  sedangkan memakaikan Blazer kepada ketua Murid.

 Timbalan ketua murid sedang menerima watikah perlantikannya.



Bacaan Ikrar pemimpun kecil SKST2 diketuai oleh
(Ketua Pengawas)

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Saari (KPS)
.

Saturday 18 February 2012

Sambutan Hari Kokurikulum.

Pada pagi ini juga diadakan  sambutan hari kokurikulum  yang ditetapkan oleh KPM sebulan sekali iaitu Ahad minggu ke-3 . Ianya perlu bagi menyemarakkan lagi semangat sukakan aktiviti kokurikulum dikalangan murid-murid.

Bersempena dengan bulan kokurikulum  pada hari ini, pihak Persatuan Bahasa Malaysia diberi amanah untuk mengisi acara pada pagi ini. Di samping itu juga mirud-murid dan guru turut sama-sama menyanyikan lagu tema 1murid 1sukan sebagai salah satu acara dalam majlis pada pagi iniu.

Berikut gambar yang sempat dirakamkan dalam majlis sambutan bulan kokurikulum:

 Murid sedang menyanyi lagu tema 1murid 1sukan

 Adik Norhidayat ( 6 Nilam )menyampaikan sajak sempena majlis pagi ini

PK Kokurikulum sedang menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan bulan kokurikulum


Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh adik shahri amir.

Pelancaran Program Sekolah Penyayang(guru penyayang)

Pagi ini jam 7.40 19.02.2012  ,  Guru Besar SK Sri Tumpat telah melancarkan  program Guru Penyayang
di tapak perhimpunan sekolah. Program ini adalah lanjutan program yang telah dilancarkan oleh KPM  Januari sendiri pada awal januari lalu bagi peringkat Kementerian.Program ini bertujuan mewujudkan suasana yang harmoni dan memberi impak agar murid suka kepada sekolah, suka hadir ke sekolah dan wujud jalinan kasih sayang yang memungkinkan kecemrlangan kepada nak-anak murid.





Gambar : sekitar pelancaran oleh Guru Besar SKST2  En Mohd Saufi Mahmood.

Friday 17 February 2012

MESYUARAT PIBG SKS SRI TUMPAT KALI KE-18 2012

Pada petang Jumaat 17.02.2012 jham 3.00 petang telah diadakan mesyuarat Agung tahunan PIBG sekolah yang telah dirasmikan oleh En Wan Hanapi wan Yaacob ( Naib Ketua UMNO bahagian Tumpat) merangkap YDP PIBG SK Sri Tumpat 2.

Kehadiran Ibu bapa hampir 177 orang telah menjadikan mesyuarat pada petang ini amat bermakna kepada pihak sekolah dalam membantu menerangkan dasar-dasar sekolah serta perancangan sekolah kepada pihak ibu bapa.

Mesyuarat hari khusus untuk membentangkan aktiviti yang dilaksanakan pada tahun lalu dan juga bagi merancang aktiviti bagi tahun 2012. Mesyuarat hari ini bersetuju agar yuran PIBG  sebanyak RM12.00
kepada setiap ibu bapa bagi membantu sekolah melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Majlis ini diserikan dengan persembahan nasyid, sajak dan juga cabutan bertuah yang disumbangkan oleh YDP sendiri iaitu 2 buah basikal, En Mohd Zuki 10 hamper dan kedai sekolah juga menyumbang 10 hamper.

Gambar sekitar majlis yang diadakan








SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK SRI TUMPAT 2 2012/1433H


 Suasana Pagi di tapak perhimpunan di  majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah yang diadakan
pada 16.02.2012 bersamaan 23 Rabiulawal 1433H. Majlis sambutan kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah. Pihak Pengelola iaitu Panitia Pendidikan Islam bersama Kelab Guru telah merancanag aktiviti
dengan dimulai dengan perarakan, ceramah agama, persembahan nasyid, sajak dan bercerita kisah nabi. majlis diakhiri dengan majlis makan tengahari kepada semua murid dan guru.




Us Rumaizi dan En Mohd Yamin (PKKO) sedang
mengetuai majlis berselawat sebelum perarakan bermula. 





Murid-Murid tahun 6 Nilam dengan sepanduk yang telah merekaciptakan sendiri bersama guru kelas mereka semata-mata untuk majlis yang telah dirancangkan ini










Perarakan maulidurrasul diadakan dengan diketuai oleh Guru besar SKST2 sendiri serta diirringi oleh PK Ko En Mohd Yamin bersama murid-murid  berarak di kawasan sekolah dengan berselawat dengan penuh semangat.Diikuti pula selepas perarakan dengan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid sekolah.Ceramah juga diselitkan selama  1 jam yang disampaikan oleh tn Hj Johari Abdullah, penolong pegawai pendidikan Daerah Tumpat.




Tn Hj Johari sedang menyampaikan ceramah maulidurrasul kepada murid-murid di dewan sekolah.


Adik Shahri sedang membuat persembahan bersajak Maulidurrasul kepada para pendengar.

Thursday 9 February 2012

KURSUS PENDEDAHAN ( MULTISEAT SYSTEM )

Pada 6 hingga 9 Febuari 2012,yang lalu telah dilangsungkan satu kursus pendedahan kepada guru SKST2 khusus berkaitan penggunaan Makmal Komputer. Kursus yang dianjurkan oleh TRUSTWELL SDN BHD iatu syarikat yang membekal dan memasang sistem komputer di sekolah yang menerima kontrak dari KPM.

Kursus MULTI SEAT SYSTEM adalah kursus khusus untuk mendedahkan kepada guru tentang kaedah
menggunakan sistem yang dipasang dalam makmal komputer sekolah. Seramai 4 orang guru terlibat yang mewakili SK Geting dan Sk Sri Tumpat2 .Kursus ini diadakan  dalam 2 fasa iaitu fasa 1 6-7/2/12 dan fasa 2 pula pada 8-9/2/12.Dalam kursus ini didedahkan 3 perisian utama iaitu HP classroom monotoring,EDraw dan Kamus Eja.



En Izzuddin  wakil Trustwell ( tenaga pengajar) sedang menerangkan
kaedah menggunakan software yang dibekalkan kepada guru terlibat.

Wednesday 1 February 2012

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN PKP PN HJH ROHANI MAT


Pada 31 Januari 2012, yang berlalu semalam merupkan hari yang penuh sayu bagi semua warga SKST2. Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan PKP SKST2 iaitu Pn Hjh Rohani Mat yang memilih bersara awal pada usia genap 56 tahun.

Beliau telah berkhidmat dalam alam pendidikan hampir 34 tahun dan mengakhiri tugas sebagai Penolong kanan pentadbiran dengan pnuh dedikasi dan cemerlang. Semua warga SKST2 merasa kehilangan kerana kak Ani yang bersifat lemah lembut dan keibuan.

Kami mengucapkan selamat Bersara semoga bahgia selalu di samping keluarga tersayang.

 Punch Kad terakhir Kak Ani sebelum meninggalkan SKST2

 Kak Ani diraikan dipentas khas di dewan Utama bersama barisan pentadbir
dan wakil Pegawai  PPD Tumpat En Rosli Mustafa

 PKP Hjh Rohani bt Mat menyampaikan ucapan buat kali terakhir kepada semua murid
dan guru-guru SK Sri Tumpat 2.

Pn Hjh Rohani Bt Mat menerima hadiah dari Penherusi kelab Warga SKST2 En Abd Manaf.

"SELAMAT BERSARA KAK ANI"
"KAMI AKAN INGAT SAMPAI AKHIR HAYAT JASA KAK ANI"
"JANGAN LUPA KAMI DALAM DOA KAK ANI"