Wednesday 25 July 2012

PENYAMPAI HADIAH KECEMERLANGAN UBB3

Pada pagi Ahad yang lalu telah diadakan majlis penyampaian kecemerlangan kepada murid-murid SK Sri Tumpat 2 yang mencapai kecemerlangan dalam UBB3 ( pertengahan tahun). Majlis telah disempurnakan oleh Guru besar sekolah dan juga penolong-penolong kanan.

Wednesday 18 July 2012

Aktiviti Kokurikulum SK Sri TUmpat 2

Pada petang kelmarin  18.07.2012 mulai jam 4.00 petang aktiviti kokurikulum dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti pertandingan permainan bolasepak (L) dan bola baling (P)  antara persatuan -persatuan. Persatuan yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan  Islam  dan Persatuan Matematik  Sains.

Acara diadakan dengan suasana yang cukup meriah. Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh murid-murid  sewaktu perlawanan dijayakan. Acara ini  julung-julung kali diadakan sejak PKKO En Mohd Yamin memegang jawatan ini mulai 2011 di sekolah ini.


                             
Gambar: Acara perlwanan akhir antara persatuan Bahasa Inggeris   dan   Persatuan Matematik Sains.

Tuesday 17 July 2012

KARNIVAL KEBUDAYAAN PPD TUMPAT 2012

Pada 16.7.12  telah diadakan karnival kebudayaan bagi sekolah menengah dan rendah  PPD Tumpat di sekolah Sri Tumpat 2. Acara yang dipertandingkan adalah acara dikir barat, wau sobek, batu seremban dan permainan congkak.

Acara  dimulakan dengan pendaftaran pserta bermula jam  8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Peserta mula bergerak ke tempat pertandingan  mulai jam 9.00 pagi. Acara dikir barat di dewan besar sekolah, congkak pula di dewan  terbuka, batu seremban dan wau sobek pula diadakan di bilik kelas di tingkat 3 bangunan sekolah.




Majlis perasmian penutupan telah dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Tumpat  . Majlis telah berakhir jam 2.30 petang.

Friday 13 July 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2

Kem bestari solat tahap 2  diadakan  pada 13- 14.07.12   bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari . Murid tahun 4 hingga tahun 6 terlibat  iaitu hampir  160 orang murid terlibat yang melibatkan seramai 14 orang guru Pendidikan Islam dan Guru KAFA Sekolah.

                                    Murid sedang melaksanakan amali solat jenazah berjemaah


                                     Solat Jenazah secara berjemaah  sebagai amali wajib

                             
                                                    Murid diuji solat jenazah secara individu

Monday 9 July 2012

SENAMROBIK 1 MALAYSIA

Pada pagi ini 10 Julai 2012 bermula jam 8.00 pagi di seluruh Malaysia telah diadakan senamrobik 1 Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan Oleh KPM. Tujuan program ini adalah bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan cara hidup yang sihat.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah menjemput 3 instruktur Senamrobik bagi menjayakan program yang dirancangkan. Selama 1 jam murid akan bersenamrobik secara beramai-ramai bersama guru-guru.