Wednesday 29 August 2012

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN

Pada petang 29.08.12 ( Rabu) Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn Hj Zahari Daud telah mengadakan perjumpaan khas bersama  guru besar dan Pk Pentadbiran  daripada 25 buah sekolah di bawah PPD Tumpat. Majlis diadakan di bilik PSS Sk Sri Tumpat 2.

Majlis dikelolakan oleh PPD Tumpat.





MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SK STI TUMPAT 2 2012

Pada pagi ini semua warga sekolah hadir ke sekolah dengan penuh keceriaan dan gembira. Apa tidaknya kerana semua memakai baju baru bagi meraikan majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah.

Perhimpunan pagi dimulai dengan lagu negaraku, selamat sultan, lagu sekolah dan juga lagu selamat hari raya. Selepas perhimpunan , murid-murid diberi rehat sementara guru-guru menyediakan juadah hari raya mengikut kelas masing-masing di dewan terbuka sekolah.









Tuesday 28 August 2012

MAJLIS MENGHANTAR PN NORIZAN KE SK BUNOHAN

Pada Tengaharari ini jam 12.00, semua murid dan guru beratur untuk membuat lambaian terakhir buat PK HEM Pn Norizan yang akan bertukar. Majlis yang dimulai dengan perhimpunan pagi pada jam 9.00 pagi bagi memberi ucapan selamat jalan dan penyampaian hadiah dari guru dan murid.

Pn Norizan bersalaman dengan Warga sekolah mendoakan agar beliau terus maju jaya dalam
tugas yang diamanahkan dan terus cemerlang dalam perkhidmatannya.



















Sambutan PK HEm Baru SKST2

Jam 10.40 pagi warga SK Sri Tumpat 2 berkumpul di hadapan sekolah menyambut kedatangan PK HEM baru. Sebenarnya semua warga sekolah amat terkejut dengan berita pertukaran PK HEM Pn Norizan Mat ke Sk Bunohan. Manakala PK HEM SK Bunohan pula bertukat ke SK Sri Tumpat 2.

PK HEM baru En Mohd Nursi B Mohd Sidek disambut dengan suasana yang  sederhana meriah, kerana dalam waktu yang sama warga sekolah akan kehilangan PK HEM Pn Norizan.Pendek kata semua merasa sedih atas pertukaran beliau. Namun itu perlu diterima kerana ia merupakan perkara yang perlu dilalui dalam perkhidmatan pendidikan.

Tuesday 14 August 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN SUMBANGAN DUIT RASAY 1433/2012

Pada pagi ini tepat jam 11.00 pagi semua murid berhimpun di dewan terbuka untuk majlis penyampaian zakat dan duit raya. Seramai 34 orang penerima bantuan zakat di dalam majlis yang diadakan pada pagi ini. Manakala 10 orang murid pula menerima bantuan  aidilfitri dari tabung Ihya Rmadhan sekolah.

Penyampaianh zakat adalah  hasil sumbangan syarikat Giffarine  Skyline Malaysia (RM2000) dan Persatuan Nelayan Tumpat (RM1000) dan  orang perseorangan (RM400). Majlis pada pagi ini dipengerusikan oleh En Mohamad Zawawi dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah( En Hashim Mohamed.)

Di samping itu pula, semua murid  diberikan duit raya  RM3  setiap seorang termasuk PRA  hasil sumbangan semua guru SKST2. Majlis diadakan dalam suasana yang meriah dan penuh dengan keceriaan. Terutama para ibu bapa yang menerima sumbangan zakat RM100 setiap seorang.













Penyerahan Wang sumbangan Zakat dari Giffarine Malaysia

Pada 14.08.2012 lepas, pihak sekolah telah menerima kunjungan muhibbah daripada Cik Wan Syazana Bt W. Abd Rahman( Pengurus Penjenamaan Produk Giffarine) yang merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Giffarine Skyline Malaysia. Kehadiran rombongan seramai 5 orang adalah untuk menhantar wang zakat dari syarikat untuk diagihkan kepada mereka yang layak

Di samping itu mereka juga ingin memperkenalkan produk Giffarine kepada warga SKST2. Majlis diadakan pada jam 1.30 tengahari di bilik Mesyuarat Utama. Sumbangan  zakat ini amat bermakna kepada murid-murid miskin di sekolah kami.

Didalam majlis ini juga , para guru yang hadir mendengar  maklumat produk  diberi cabutan bertuah oleh syarikat.





Saturday 11 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT DI SKST2

Pada 09.08.2012 yang baru berlalu (Khamis) pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa di dewan Besar sekolah. Majlis ini anjuran pihak sekolah yang diselaraskan oleh PKP En Hashim Mohamed dan Unit Pendidikan Sekolah.

Ibu bapa dan murid tahun 4,5,6  dijemput hadir ke majlis ini. Semua guru sama-sama menjayakan majlis ini yang julung kali diadakan di sekolah SKST2. Majlis dihadiri  termasuk guru KAFA dan anak-anak berjumlah hampir 300 orang.

Sebelum berbuka diadakan majlis penyampaian kecemerlangan Percubaan UPSR  yang baru berlalu. Hadiah khusus kepada murid yang mendapat 5A ( 4 orang) 4A ( 5 orang) 3A ( 5 orang). Selepas itu diikuti dengan majlis tahlil dan berbuka puasa.

Selepas solat magrib pula, diadakan solat hajat khusus untuk murid -murid tahun 6 dan amnya kepada semua murid serta keberkatan kepada sekolah sepanjang tahun 2012.










Monday 6 August 2012

Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru

Pada pagi 5/8/12 yang lalu telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi guru-guru yang lahir pada bulan  Jun dan Julai. Kelab Guru seringkali meraikan majlis seumpama ini kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sekolah
.