Monday 22 October 2012

KARNIVAL KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada pagi ini telah berlangsung karnival kesenian dan kebudayaan sekolah-sekolah peringkat Sekolah-sekolah negeri Kelantan yang diadakan di  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulai sesi pendaftaran peserta. Pertandingan kali ini melibatkan beberapa acara:

Di Dewan Besar Sekolah : Pertandingan  Dikir Barat.
Di Dewan terbuka sekolah :  Pertandingan Wau Sobek
Di BIlik PSS  sekolah  : Bintang Kecil/Nyanyian lagu tradisional
Di Tingkat 3 sekolah    :  Pertandingan Batu Seremban dan Congkak

Acara -acara ini melibatkan sekolah rendah dan menegah  dari 10 PPD di negeri kelantan. Pertandingan bermula dari jam 9.00 pagi dan dijangka tamat jam 3.00 petang. Manakala Majlis penutup akan bermula jam 3.00 petang yang akan disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Di samping itu, bagi acara main coh pula telah dilaksanakan di  Sekolah Sri Neting kerana keadaan padang yang tidak sesuai disebabkan hujan turun sejak beberapa hari lalu.

Sunday 14 October 2012

Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Panatia dan Pentadbir Bersama Pegawai Unit Jaminan Kualiti JPN Kelantan

Hari Jam 12.15 tengahari diadakan satu prjumpaan khas bersama En Wan Ismail Wan  Daud Penolong Pengarah  Sektor Jaminan Kualtit bersama pentadbir dan juga ketua-ketua panitia mata elajaran serta unit-unit HEM dan Ko.

Perjumpaan ini khusus untuk memberi taklimat dan bimbingan di dalam mengurus tadbir sistem pengurusan berkaitan panitia, Ko,HEM dan juga petadbiran sekolah amnya.
Pada petang ini   En Wan Ismail menyentuh 2 aspek  iaitu:
        1.  Pengurusan Mesyuarat
        2.Sistem Asas Pengurusan  Fail Panatia.

Beliau menerangkan  bahawa prosuder pengurusan berkualaiti berdasarkan  Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 900:2008.

1. PK 15: Pengurusan Mesyuarat
                1.1. Sebelum mesyuarat
                1.2. Semasa mesyuarat
                1.3. Selepas mesyuarat

2.Pengurusan Panatia:

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Pada hari ini bermula peperiksaan akhir bagi tahun 2012. Peperiksaan pada hari ini melibatkan   murid tahun 1 hingga 5. Ia merupakan peperiksaan yang bertujuan menilai tahap pencapaian murid kepada semua tahap kemahiran yang diajar selama  10 bulan. peperiksaan ini juga bagi mengukur tahap pencapaian  murid bagi TOV 2013.