Saturday 10 November 2012

JAMUAN AKHIR MURID TAHUN 6 2012

Pada pagi ini  08.11.2012 bermula jam 10.40 pagi semua murid tahun 6 dan guru-guru berkumpul di dewan  Utama sekolah bagi  meraikan majlis perpisahan murid-murid tahun 6. Majlis ini telah diselenggarakan oleh guru kelas mereka iaitu  En Wan Mohd Zamri dan Pn Nik Hasfah serta dibantu oleh us Rumaizi Mohamed . Majlis ini diadakan saban tahun bagi meraikan murid-murid tahun 6 Nilam dan 6 Zamrud yang akan meninggalkan  alam persekolahn rendah .

Dalam Majlis yang serba sederhana meriah ini, murid-murid menikmati jamuan dengan diraikan oleh guru-guru. Majlis diserikan dengan ucapan wakil murid, ucapan wakil guru kelas, Ucapan Penolong Kanan dan ucapan perpisahan oleh Tuan Guru Besar kepada semua murid tahun 6.

MAJLIS KHATAM ALQURAN MURID TAHUN 6 2012

Pada pagi 08 November 2012 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi  murid tahun 6 . Majlis ini bagi meraikan murid-urid tahun 6 yang telah memalui fasa program khatam Al-Quran j-QAF secara BIG. Seramai 61 orang terlibat pada pagi ini, kesemua murid akan melalui program ini yag diseliakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hashim Mohamed. Manakala guru yang menyelaras prograam ialah Us Rumaizi Mohamed selaku ketua panatia Pendidikan Islam.

Majlis bermula dengan caan Al-Quran oleh adik Maisarah Shukri dan diikuti dengan majlis ucapan perasmian oleh Guru besar sekolah En Mohd Sufi Mahmood.Majlis khatam dilaksanakan oleh Us Rumaizi Mohaamed bersama murid-murid tahun 6 bermula surah addhua sehingga surah an-nas.Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam Al-Quran.

Tuesday 6 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN MURID TAHUN 1 HINGGA 5

Acara kemuncak pada hari ini ialah majlis jamuan akhir bagi semua murid tahun1 hingga 5 yang diadakan di dewan terbuka, Acara dimulakan pada jam 11.30 pagi.Manakala murid tahun 6 diadakan secara berasingan pada hari Khamis akan datang bersama dengan majlis penyampaian sijil UPSR  yang dijangka akan diumumkan pada 8.11.2012.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

MAJLIS GRADUASI MURID PRASEKOLAH SKST2 2012


Pada  pagi 6.11.20 telah diadakan di dewan besar 12 hari Selasa, majlis  graduasi murid-murid prasekolah sekolah bermula jam  8.30 pagi Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sekolah iaitu En Mohd Saufi Bin Mahmood. Seramai 50 orang murid terlibat iaitu 25 orang murid  berumur 5 tahun dan 25 lagi murid berumur 6 tahun.

Dalam majlis ini pelbagai kategori hadiah diberikan seperti kehadiran 100%, murid paling bijak, murid ceria, murid bersih, murid pemalu, murid palig aktif, murid paling cute.Semuanya amat meriah dan murid bergembira dengan hadiah yang diterima.

MAJLS PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 5



Pada pagi 5 November 2012 jam 9.00 pagi diadakan perjumpaan khas  antara  barisan pentadbir sekolah yang diketuai guru besar  En Mohd Saufi  Mahmood, PKP En Hashim Mohamed, Guru Cemerlang En W Md Zamri w Abd Kadir  bersama ibu bapa murid tahun 5 di  bilik PSS sekolah.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk  merangka rancangan  P&P bagi murid tahun 5 pada musim cuti sekolah.

Friday 2 November 2012

MALAM PERSEMBAHAN KESENIAN UNIT BERUNIFORM

 
Hari ke 2 : P erkhemahan ( 31 Oktober 2012)
Setelah penat melalui pelbagai aktiviti di saiang hari, malam ini adalah malam murid-murid melepaskan ketegangan dengan melakukan persembahan kebudayaan atau keseniaan yang mewajibkan setiap kumpulan menghantar sekurang-kurangya satu persembahan
 
 






PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012

Pada pagi ini   30  Oktober 2012:

Murid tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam  melaksanakan program perkhemahan unit beruniform bermula dengan proses pendaftaran jam 10.30 pagi. Selepas itu mereka  diberikan taklimat oleh Kem komandan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah. Perkhemahan tahun ini agak lewat diadakan kerana tarikh yang ditetapkan sering bertembung dengan program besar PPD Tumpat.
Perkhemahan kali ini melibatkan murid  seramai 156 sepatutnya. Namun yang mendaftar diri di saat-saat akhir hanya berjumlah hampir 120 orang. Alhamdulillah majlis dapat dijalankan sebagaimana yang dirancangkan.








Selepas taklimat kem komandan , semua murid diberikan tugasan iaitu memasang khemah mengikut unit beruniform masing-masing. Selepas itu mereka  makan tengah hari di kantin sekolah. Dikuti pula dengan solat zohor berjemaah di dewan terbuka sekolah.