Thursday 27 December 2012

PERTUKARAN GURU SK SRI TUMPAR 2

Pada tahun ini berlaku pertukaran guru bagi sesi persekolahan 2013. Pertukarab adalah perkara yang perlu dilalui oleh setiap orang guru, namun bagi sekolah ia merupakan satu kehilangan besar. Ini kerana mereka yang bertukar merupakan nadi penggerak kepada aktiviti sekolah.

1- Sekolah kehilangan seorang guru cekal : Wan Hasni Wan  Harun  yang bertukar ke Pasir  Puteh Kelantan kerana mengikuti suaminya yang bertugas di PPD Pasir Puteh dan tambahan pula rumah beliau ialah di Besut.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini hampir 10 tahun  sebagai guru sains dan setiausaha kecemerlangan UPSR



2. Sekolah juga kehilangan  Penolong Kanan Kokurikulum : En Mohd Yamin Ali yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Kanan HEM  di SK Neting Pengkalan Kubor mulai 16.12.2012. Beliau berkhidmat di sekolah ini hampir 1 1/2 tahun.




Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka berdua dalam meningkatkan prestasi sekolah. SEmoga mereka berdua terus maju jaya.Insya Allah.

         "SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DENGAN PENGALAMA BARU"

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH

Pada 30 Disember 2012 akan dilaksanakan sesi pendaftaran sekolah bagi murid prasekolah dan juga tahun 1. Pendaftaran dijangka bermua jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir jam 10.30 pagi. Untuk makluman semua ibu bapa bahawa  slot bicara bersama pentadbir akan dilakukan sebelum pendaftaran ke dalam kelas dilaksanakan. Slot bicara ini khusus untuk menerangkan hal-hal yang berkaitan sesi persekolahan 2013  dan juga maklumat terkini keada para ibu bapa.

Selepas itu semua ibu bapa akan mendaftar anak-anak mereka mengikut kelas yang ditetapkan. Ibu bapa juga boleh mendapatkan semua peralatan sekolah di kedai PIBG sekolah dengan harga yang berpatutan.