Tuesday 26 March 2013

Majlis Taddarus Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Kelaboran

Majlis MTQ Zon Kelaboran telah diadakan pada 21.3.2013 di Sekolah Kebangsaan Berangan 1 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.10 petang. Sebnyak 7 bah sekolah menyertainya dalam acara tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran Juzuk ke 30 , bercerita kisah Al-Quran dan Nasyid.

Kesemua acara berjalan serentak di tempat yang telah diatur oleh pihak penganjur. Pada tahun ini SK Sri Tumpat 2 telah mencatat keputusan yang baik bagi acara beriku:

Johan Tilawah Lelaki : MOhd ADib Che Kamrzuki ( 4 NIlaam)
Naib Johan Bercerita Kisa Al-Quran: Mawaddah Samsul Bahari
Naib Johan Hafazn Al-Quran : Nur Maisarah Bt Shukri

Majlis Perlantikan Pemimpin Murid Tahun 2013

Pada pagi 17.3.13 telah diadakan secara rasminya majlis perlantikan pemimpin murid  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat2 di perkarangan tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Sarjan Mejar  En Azmi Razlan dari Balai Polis  Daerah Tumpat. Majlis perlantikan ini melibatkan pengawas sekolah, pengawas PSS dan Ketua serta Penolong ketua kelas.

Astro Fiesta peringkat Parlimen Tumpat

Program anjuran Astro ini dengan kerjasama  Majlis Belia Daerah Tumpat, UMNO parlimen Tumpat dan pelbagai agensi merupakan rodshow  ASTRO sepanjang tahun ini. Program ni adalah untuk mendekatkan orangramai dengan agensi-agensi kerajaan dan juga ASTRO sendiri. Program ni dimulakan pada  14.3.2013
sebelah malam dengan program Imam Muda dan diteruskan sehingga 16.3.2013. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Makhtar Mustapa Pengarah JPP negeri Kelantan yang mewakili Datuk Nor Zahidi yang tidak dapat hadir kerana urusan lain.