Wednesday, 23 May 2012

ACARA MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SKST2 2012

Pada pagi ini , Unit Kokurikulum Sekolah telah melaksanakan satu lagi acara tahunan sekolah iaitu merentas desa bagi murid tahun 4 hingga 6 dan bati murid tahun 1 hingga 3 pula diadakan acara sukaneka.

Acara merentas desa sejauh  5km  diadakan mengikut kategori tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 lelaki dan perempuan. Acara ini dikawal selia  dengan bantuan polis trafik  Tumpat dan juga yang dilantik seramai 8 orang untuk meronda keselamatan murid sepanjang laluan larian.

 Guru Besar dan PKP sedang melapaskan peserta merentas desa


Para peserta sedang melalui kawasan  yang telag ditetapkan


Peserta yang kepenatan memperlahankan larian sambil
mengumpul tenaga untuk meneruskan larian 2km  lagi


PKP  peserta tunggal guru yang terlebih dahulu sampai kegarisan
selepas berlari hampir sejauh 0.5km.




3 sekawan murid 6 Zamrud sedang mendahului
dari kumpulan belakang.


Peronda (Pn Nik Hasfah) mengawal murid yang paling
belakang demi keselamatan murid...bergaya jugak cikgu ni


Acara sukaneka murid  Prasekolah sedang dilangsungkan.

Tuesday, 22 May 2012

KARNIVAL BAHASA, BINTANG KECIL DAN IRAMA MALAYSIA PPD TUMPAT

Pada pagi ini  23. Mei 2012  jam 8.30 pagi acara  Karnival Bahasa, BIntang Kecil dan Irama Malaysia telah dilangsungkan  di  7 bilik dan dewan Besar sekolah. Acara melibatkan  sekolah rendah dan menengah dalam daerah Tumpat.

Gambar yang sempat dirakamkan di sekitar majlis yang diadakan

 Shasha Murid SKST2 yang mewakili sekolah bagi acara
Bintang Kecil sedang menyampaikan lagu dengan penuh emosi.

 Acara Story Telling sekolah rendah/


Acara Bercerita Sekolah rendah Tahap 1


Public Speaking sekolah menengah  di makmal komputer 2


Bercerita  Tahap 2


Acara Coral Speaking Sekolah Rendah

kARNIVAL BAHASA PPD TUMPAT

Esok 24 Mei 2012 sekolah ini telah dipilih oleh PPD Tumpat untuk menjadi tuan rumah bagi  Karnival Bahasa  PPD Tumpat. Karnival ini melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah. Pihak sekolah dengan diketuai PK Kokurikulum dikehendaki menyediakan  kemudahan  tempt bagi majlis yang akan berjalan dalam beberapa ketegorti:
1- Pidato Sekolah Rendah
2- Bercerita Tahap 1 dan 2
3. Coral Speaking
4-Public Speaking primary and secondary
5-Irama 1 Malaysia sekolah menengah
6-Bintang Kecil sekolah rendah

Pihak sekolah hanya menyediakan kemudahan tempat pertandingan manakala lain-lain keperluan asas  dan makan minum diurus oleh pihak PPD sendiri.


Para guru SKST2 sedang mempersiapkan  huruf-huruf untuk
dilekatkan pada bilik yang terlibat.



En AZuari sedang mereka bentuk tulisan dan hiasan
bagi bilik yang diamanahkan  kepadanya.



Salah satu bilik yang terlibat ( bilik Makmal 2) yang telah
disiapkan oleh Us Rumaizi& Pn. Rosliaizati.


Kem Bestari Solat 1 Tahun 2012

Pada 18 dan 19 Mei 2012 Panatia Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Kem Bestari Solat buat kali Pertama 2012. Murid yang terlibat adalah tahun  1-3 seramai hampir 150 orang kesemuanya dengan tenaga pengajara seramai 12 orang.

Setiap Kumpulan tidak lebih dari 15 orang murid. Kem ini khusus bagi mendedahkan murid dan menilai penguasaan fardhu ain  khusus ibadat solat.

Wednesday, 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU SKST2 2012

Seluruh negara pada hari ini di semua sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru serentak dengan sambutan peringkat Kementerian Pelajaran yang diadakan Di Perak. Sambutan buat kali ke -41 dengan temanya " GURU INOVATIF MELONJAKKAN  TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".

Begitu  juga dengan sekolah kami SK Sri TUmpat 2, tidak ketinggalan meraikan majlis meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa bagi mencapai kecemrlangan dalam pendidikan. Hari ini khusus bagi guru meraikan diri mereka dan juga hari murid melahirkan rasa sayang dan hormat khusus pada guru mereka.

Acara hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi, ucapan  ketua murid, ucapan perasmian oleg Guru Besar serta Ucapan Ketua Pengarah yang telah disampaikan oleh PK Pentadbiran En Hashim. Acara diteruskan dengan nyanyian guru Malaysia dan Ikrar Guru.

Program diisi seterusnya dengan sukaneka di kalangan guru-guru termasuk guru KAFA dan juga acara persembahan oleh para guru.

Kami juga bertuah kerana pada tahun ini, YB Dato Nor Zahidi (ketua UMNO Tumpat) telah menghantar kek sempena Hari Guru melalui wakil beliau dari Skuad Penyayang.Terima Kasih atas ingatan terima kasih dari Dato Nor Zahidi (ADUN Pengkalan Kubor)








Monday, 14 May 2012

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MINGGU ANTI DADAH

 Selepas mendengar seramah antidadah oleh pegawai AADK daerah. Semua murid telah disediakan satu bentuk pertandingan bagi mengisi aktiviti yang telah ditetapkan . Aktiviti tersebut ialah mewarna lukisan anti dadah. Di bawah sempat dirakamkan gaya murid mewarna lukisan dalam pelbagai gaya mereka.

















S

Wednesday, 9 May 2012

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH SKST2 2012

Pada pagi ini pihak sekolah telah mengadakan majlis perasmian Minggu Anti dadah  Peringkat sekolah. Majlis diadakan di dewan besar sekolah dan dirasmikan oleh Guru Besar sekolah iaitu En Mohd Saufi Mahmood.



Majlis  juga diikuti oleh cremah Anti Dadah oleh Pegawai Anti Dadah Tumapt Pn Novi Vianty Bt IBrahim . Juga disediakan sudut pameran Anti Dadah oleh AADK Tumpat.



MESYUARAT KECEMERLANGAN SEKOLAH KALI KE-2 2012

Hari pada Jam 1.30 petang telah diadakan mesyuarat kecemrlangan sekolah  kali ke-2 bertempat Bilik mesyuarat (kecil). 13 orang guru terlibat termasuk Guru besar dan semua Penolong Kanan.
Mesyuarat Khas bagi mengatur program kecemerlangan sekolah bagi bulan-bulan akan datang.

Antara agenda yang dibincangkan adalah berhubung pencapaian murid tahun 6 dalam UBB2 yang lalu bagi mengukur tahap pencapaian mereak. UBB2 lalau hanya 1 murid telah mencapai 5A. Tahniah kepada adik  Siti Nor Hidayat tahun 6 Nilam.

 Guru-guru  sedang berbincang dalam mesyuarat yang diadakan


Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengatur program setrusnya bagi membantu meningkatkan pencapaian muri seperti tambahan masa cuti sekolah, kem menjawab soalan, kem motivasi, rehat minda dan menimbangkan untuk mengadakan kelas tambahan malam.