Wednesday, 6 November 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 2013

Pada hari in 07.11.2013 pagi Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutup Kem Bestari Solat dan Program Khatam Al-Quran Murid Tahun 6 2013. Program ini dibawah tanggungjawab Panitia Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, Us Khairul Hakimin telah diberikan tugas sebagai setiausaha majlis ,merangkap penyelaras bagi program ini. Program berjalan dengan jayanya dengan kerjasa semua guru khususnya guru-guru KAFA sekolah, guru-guru j-QAF, guru Pendidikan Islam  serta kerjasama guru-guru lain. Alhamdulillah majlis berjaya dengan selamat dan penuh ceria.

Tuesday, 8 October 2013

SUKAN SKST2 2013



Acara sukan olahraga tahunan 2013 telah dijalankan dengan jayanya dan penuh keseronokan

Perkhemahan SKST2 2013

Pada 5 dan 6 Okotober yang lalu, unit kokurikulum sekolah telah mengadakan program perkhemahan bagi tahap 2 . Acara ini merupakan program tahunan sekolah. Ia diadakan bagi mendedahkan murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah. Program ini diselaraskan oleh  En Rosdi Abd Majid dan dibantu oleh semua Ketua Unit serta AJK yang dilantik

Monday, 9 September 2013

PEPERIKSAAN BERMULA HARI INI

 
HARI INI  10.09.2013  BERMULAH PEPERIKSAAN UPSR
 BAGI
 MURID TAHUN 6 SELURUH NEGARA
TERMASUK MURID
SK SRI TUMPAT 2 ,TUMPAT KELANTAN
 
KAMI DOAKAN AGAR MEREKA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
 


Cikzu Zamri sedang memberi taklimat kepada murid-murid
tentang peraturan dan perkara yang perlu dipatuhi murid-murid
serta memberi perangsang sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan
 

Semua murid sedang mengaminkan doa   yang dibaca bagi memberkati
mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan.

MAJLIS IZIN ILMU MURID UPSR 2013

Majlis Izin ilmu  telah diadakan pada pagi ini 07.09.2013 di dataran perhimpunan sekolah. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zawawi Che Yusoff. Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan murid tahun 6 yanga akan menuduki UPSR pada  10.09.2013(selasa). Majlis  izin ilmu telah disempurnakan oleh PK Pentadbiran  dan diikuti dengan ikrar murid yang diketuai oleh  Mohd Shahree Ameer ( Ketua Pengawas)

 
 




PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA SEMPENA BULAN MERDEKA

Pada 07 September 2013 pihak sekolah  telah mengadakan pertandingan mewarna dan melukis sempena 56 tahun Malaysia merdeka. Pertandingan ini dikelolakan oleh unit kokurikulum dengan diselaraskan oleh En Azuari Che Mat dan guru-guru yang dilantik.

Pertandingan terbuka kepada  dua bahagian iaitu mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2 (tahun 4 dan 5) manakala tahun 6 tidak terlibat.

susana aidilfitri 2013/1434 SK Sri Tumpat 2



SUASANA DI AIDILFITRI DI SK SRI TUMPAT 2 PADA 22.08.2013






MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PELANCARAN BULAN MERDEKA

Pada 22.08.2013 bersamaan 16 Syawal  pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Adilfitri dan juga pelancaran bulan merdeka. Majlis ini diselaraskan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum  sekolah dengan  2 orang guru sebagai setiausaha penyelaras.

Pada sebelah pagi mulai 7.40-9.40 pagi telah dilangsungkan majlis pelancaran bulan merdaka yang dilancarkan oleh Tuan Guru Besar SK Sri Tumpat 2. Majlis dimulakan dengan ucapan PK Kokurikulum dan diikuti ucapan pelacaran dan seterusnya persembahan guru dan murid.





MAJLIS BERBUKA PUASA SEKOLAH 1434H/2013

Alhamdulillah, pihak sekolah telah sekali lagi Berjaya menganjurkan program iftar Jamie(Majlis Berbuka Puasa ) bagi tahun ini. Majlis diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan islam dan Guru Pelatih IPG Kota Bharu. Majlis ini diadakan sebagai satu aktiviti Ihya Ramadhan sebagaimana yang digalakkan oleh KPM setiap kali Ramadhan menjelma. Sambutan ibu bapa adalah menggalakkan dan menerima sambutan yang baik oleh semua murid tahun 4 hingga 6.

Dalam majlis ini diadakan majlis penyampaian bantuan hari raya dan penyampaian zakat oleh pihak sekolah yang diampaikan oleh wakil pegawai PPD Tumpat iaitu tn haj Mohamad Saad.  Selepas berbuka puasa, solat hajat perdana khusus untuk murid UPSR juga diadakan dengan diimamkan oleh alfadhil Us Azmi (Bekas Imam Besar Masjid Tumpat)

Wednesday, 24 April 2013

Latihan 2 tahun 2013

Hari in hari terakhir bagi latihan 4,5 dan 6 bagi tahun  untuk bulan April 2013. Latihan ini dijalankan bagi menilai tahap penguasaan murid  sepanjang 4 bulan belajar di tahun 2013.
Manakala murid tahun 1 hingga 3 pula tidak terlibat dengan sistem  ini kerana kurikulum baru sekolah rendah (KSSR) yang dinilai prestasi melalui kaedah Pentaksiran  berasaskan sekolah.

Sunday, 7 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 2013

Pada pagi 05.04.2013  Jumaat jam 8.30 pagi telah diadakan pendaftaran mesyuarat PIBG SK Sri Tumpat 2 bagi kai ke-16. Mesyuarat pada tahun ini merupakan mesyuarat tahunan yang wajib diadakan sebelum 30 Mac. Namun pada tahun ini berlaku kelewatan  sedikit kerana pihak sekolah  banyak mengendalikan program sukan peringkat PPD/ Oleh itu tarikh ini dipilih bersesuaian dengan masa dan aktiviti

Mesyuarat dirasmikan oleh  YDP PIBG sendiri kerana Pegawai PPD  Tumpat yang sepatutnya merasmikan tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus di Kuantan Pahang. Kehadiran mesyuarat pada kali ini agak sederhana, yang mana sebahagian besarnya  adalah kaum ibu.

Mesyuarat Agung tahun ini melibatkan pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2013/2014.

Tuesday, 26 March 2013

Majlis Taddarus Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Kelaboran

Majlis MTQ Zon Kelaboran telah diadakan pada 21.3.2013 di Sekolah Kebangsaan Berangan 1 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.10 petang. Sebnyak 7 bah sekolah menyertainya dalam acara tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran Juzuk ke 30 , bercerita kisah Al-Quran dan Nasyid.

Kesemua acara berjalan serentak di tempat yang telah diatur oleh pihak penganjur. Pada tahun ini SK Sri Tumpat 2 telah mencatat keputusan yang baik bagi acara beriku:

Johan Tilawah Lelaki : MOhd ADib Che Kamrzuki ( 4 NIlaam)
Naib Johan Bercerita Kisa Al-Quran: Mawaddah Samsul Bahari
Naib Johan Hafazn Al-Quran : Nur Maisarah Bt Shukri

Majlis Perlantikan Pemimpin Murid Tahun 2013

Pada pagi 17.3.13 telah diadakan secara rasminya majlis perlantikan pemimpin murid  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat2 di perkarangan tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Sarjan Mejar  En Azmi Razlan dari Balai Polis  Daerah Tumpat. Majlis perlantikan ini melibatkan pengawas sekolah, pengawas PSS dan Ketua serta Penolong ketua kelas.

Astro Fiesta peringkat Parlimen Tumpat

Program anjuran Astro ini dengan kerjasama  Majlis Belia Daerah Tumpat, UMNO parlimen Tumpat dan pelbagai agensi merupakan rodshow  ASTRO sepanjang tahun ini. Program ni adalah untuk mendekatkan orangramai dengan agensi-agensi kerajaan dan juga ASTRO sendiri. Program ni dimulakan pada  14.3.2013
sebelah malam dengan program Imam Muda dan diteruskan sehingga 16.3.2013. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Makhtar Mustapa Pengarah JPP negeri Kelantan yang mewakili Datuk Nor Zahidi yang tidak dapat hadir kerana urusan lain.

Sunday, 13 January 2013

MAJLIS PELANCARAN i-THINK DI SKST2

Pada hari Ahad 13.01. 2013 (kelmarin) telah diadakan majlis pelancaran i-THINK pringkat sekolah di Dewan Besar SKST@ pada  jam 8.00 pagi. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh  En  Mohd Sauf Mahmood iaitu  Guru besar  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2.

KURSUS PENDEDAHAN i-THINK KALI KE-2

Pada 09.01. 2013 hari Rabu jam 1.30 petang hingga 3.30 petang pihak sekolah telah mengadakan kursus dalam perkidmatan kal ke-2 khusus bagi memberi pendedahan kepada semua guru berhubung program i-THINK.  Program ini adalah program rintis KPM bagi sesi 2013 , yang mana bagi PPD Tumpat hanya 3 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah ini.

Program ini telah dilaksanakan secara rinti kepada 10 buah sekolah di seluruh Malaysia pada 2012. Manakala pada tahun ini pula bilangannya ditambah sebanyak 1000 buah sekolah dan sasaran KPM pada tahun 2014 semua sekolah  melaksanakan progra i-THINK. Program ini  adalah untuk membentuk budaya kemahiran brfikir di kalangan murid-murid melalui 8 peta pemikiran (Thinking Maps). Peta ini berbeza dengan peta minda kerana ia telah ditetapkan konsep dan penggunaannya.