Monday, 16 June 2014
Friday, 21 March 2014
LAWATAN JEMAAH NAZIR NEGERI KELANTAN
Pada 19 dan 20 Mac 2014 sekolah dilawati jemaah nazir Kelantan. Kedatangan mereka adalah untuk rutin kerja tahunan Jemaah nazir dalam rangka memantau penarafan kendiri sekolah atau dikenali SPKM (Sistem Penarafan Kendiri Sekolah Kementerian Pendidikan). Sramai 4 orang jemaah nazir hadir termasuk ketua Jemaah Nazir Kelantan Tn Haji Mohamad Hidzir. Ketua Jemaah nzir dalam taklimatnya menerangkan tatacara penrafan kendiri serta bagaimana cara sekolah dapat meningkatkan prestasi band yang ada kepada prestasi yang lebih baik.
Kem Kepimpinan murid SKST2 2014
Pada 20 dan 21 Mac 2014 pihak HEM telah berjaya mengadakan kem kepimpinan murid. Kem ini diurus selia oleh Guru Pengawas sekolah, Guru PSS, Guru Kanseling dengan kerjasama Pejabat Bomba Pengkalan Kubor. Semua urusan diurus oleh guru sekolah En Mohd Nazaru yang banyak pengalaman dalam pengurusan kepimpinan murid. Kem diadakan di Balai Bomba Pengkalan Kubor.
Taklimat telah diadakan o;eh encik Mohd Nazaru dan Wan Mohd Zamri di perkarangan sekolah sebelum bertolak ke kem pada jam 9.00 pagi.
MAJLIS TADARRus AL-QURAN ZON KELABORAN
Pada 18 Mac 2014 yang baru berlalu , pihak sekolah telah menghantar 15 murid menyertai MTQ dan karnival Nasyid Peringkat Zon kelaboran yang diadakan di sekolah SK Berangan 1. Pengurus pasukan sekolah diketuai oleh Ustazah Saaidatul Saidin Khadri. Pasukan sekolah menyertai semua acara termasuk nasyid yang merupakan cubaan kali pertama.
Pada majlis MTQ dan karnval Nasyid pada tahun ini pasukan sekolah telah mencapai keputusan sebagaimana berikut:
TIlawah Al-Quran Lelaki : Mohd Adib Kamazuki ( JOHAN)
Nur Ruslina ( Keempat)
Bercerita Kisah Al Quramn : Mohd Firdaus Azim ( Ketiga)
Sayyidatun Mawaddah (ketiga)
Haafazan Al-Quran : Aizat Shukri Dan NorFarahim ( Tempat ke-4)
Manakala Nasyid : Mendapat Saguhati.
Tahniah buat semua murid yang telah mencuba sedaya upaya dan juga buat ustazah yang berpenat lelah melatih anak-anak didik.
Monday, 24 February 2014
MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID BAGI TAHUN 2014
Pada pagi 23 Febuari 2014 , jam 8.00 pagi telah diadakan majlis watikah perlantikan pemimpin murid iaitu barisan pengawas sekolah, perpustakawan dan juga ketua serta penolong ketua kelas. Majlis Telah dirasmikan oleh Pegawai Polis Daerah Tumpat.
Monday, 10 February 2014
Majlis penyampaian bantuan Khas Persekolahan 2014
Pada 07 Febuari yang baru berlalu telah diadakan majlis penyampaian bantuan Khas Persekolahan berjumlah RM100.00 kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 di dewan Besar Sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG sekolah merangkap naib Ketua Bahagian UMNO Tumpat. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.45 ptg.
Sunday, 26 January 2014
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014/1435H
Untuk makluman semua murid-murid dan ibu bapa Sekolah ini. Majlis sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah akan di adakan pada masa , tarikh sebagaimana berikut:
Tarikh: 29.01.2014 / 28 Rabiul Awal 1435H.
Masa : 8.00 pagi
Aturcara; dimulakan dengan perhimunan pagi
08.20 : Perarakan Mulidurrasul dari sekolah ke..kg baru nelayan..pulang ke sekolah.
10.00 : Ceramah Maulidurrasul.
12.00 : Jamuan Murid
01.15 : Jamuan Guru.

Friday, 10 January 2014
SESI PERSEKOLAHAN 2014
01 JANUARI 2014 lalu bermulalah persekolahan bagi 2014. SK SRI TUMPAT 2 bermula dengan kehilangan 2 orang guru yang begitu dedikasi dalam menjalankan tugas mereka.
1. Cikgu Abd Manaf Bin Abd Ghani yang telah berkhidmat di sekolah in sejak 1995 dan merupakan
guru Bahasa Melayu tahun 6 di samping menyandang tugas sebagai guru penjelaras jadual waktu serta guru bimbingan dan kaunseling sekolah.
2. Cikgu Roslina Adnan pula telah mula mengajar di sekolah ini sejak tahun 2010 sebagai guru pemulihan. Beliau yang begitu tabah kerana berulang alik dari Bukit Marak pada setiap pagi demi menjalankan amanah yang telah ditetapkan
Pihak sekolah amar berbesar hati serta berterima kasih kepada kedua-dua guru ini atas jasa yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan mereka di sekolah ini. Mudahan mereka berdua akan terus maju jaya dalam tugas mereka di sekolah baru.Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan buat anak bangsa...amin

Subscribe to:
Posts (Atom)