3 Januari 2012 semua warga Sekolah seluruh negara kembali ke alam persekolahn bagi menjalani seisi persekolahan di alaf baru. Warga SKST2 juga berharap agar tahun 2012 akan memberi sinar yang lebih cemerlang dan gemilang.
Bagi tahun 2011, kami rasa bersyukur kerana walau tak mencapai matlamat 13 orang 5A namun kami tetap berjaya memperbaiki prestasi UPSR lalu dengan penuh bangga. 3 orang mendapat 5A daripada 52 orang calon yang menduduki UPSR dan peratus kelulusan melebihi 60%.
Kami berharap tahun ini akan lebih cemerlang.Kami berdoa agar semua warga SKST2 akan berdaya maju di bawah pentadbiran baru iaitu Guru Besar En Mohd Saufi Mahmod....amin
No comments:
Post a Comment