Friday 21 March 2014

LAWATAN JEMAAH NAZIR NEGERI KELANTAN

Pada 19 dan 20 Mac 2014 sekolah dilawati jemaah nazir Kelantan. Kedatangan mereka adalah untuk rutin kerja tahunan Jemaah nazir dalam rangka memantau penarafan kendiri sekolah atau dikenali SPKM (Sistem Penarafan Kendiri Sekolah Kementerian Pendidikan). Sramai 4 orang jemaah nazir hadir termasuk ketua Jemaah Nazir Kelantan Tn Haji Mohamad Hidzir. Ketua Jemaah nzir dalam taklimatnya menerangkan tatacara penrafan kendiri serta bagaimana cara sekolah dapat meningkatkan prestasi band yang ada kepada prestasi yang lebih baik.












Kem Kepimpinan murid SKST2 2014

Pada 20 dan 21 Mac 2014 pihak HEM telah berjaya mengadakan kem kepimpinan murid. Kem ini diurus selia oleh Guru Pengawas sekolah, Guru PSS, Guru Kanseling dengan kerjasama Pejabat Bomba Pengkalan Kubor. Semua urusan diurus oleh guru sekolah En Mohd Nazaru yang banyak pengalaman dalam pengurusan kepimpinan murid. Kem diadakan di Balai Bomba Pengkalan Kubor. Taklimat telah diadakan o;eh encik Mohd Nazaru dan Wan Mohd Zamri di perkarangan sekolah sebelum bertolak ke kem pada jam 9.00 pagi.

MAJLIS TADARRus AL-QURAN ZON KELABORAN

Pada 18 Mac 2014 yang baru berlalu , pihak sekolah telah menghantar 15 murid menyertai MTQ dan karnival Nasyid Peringkat Zon kelaboran yang diadakan di sekolah SK Berangan 1. Pengurus pasukan sekolah diketuai oleh Ustazah Saaidatul Saidin Khadri. Pasukan sekolah menyertai semua acara termasuk nasyid yang merupakan cubaan kali pertama. Pada majlis MTQ dan karnval Nasyid pada tahun ini pasukan sekolah telah mencapai keputusan sebagaimana berikut: TIlawah Al-Quran Lelaki : Mohd Adib Kamazuki ( JOHAN) Nur Ruslina ( Keempat) Bercerita Kisah Al Quramn : Mohd Firdaus Azim ( Ketiga) Sayyidatun Mawaddah (ketiga) Haafazan Al-Quran : Aizat Shukri Dan NorFarahim ( Tempat ke-4) Manakala Nasyid : Mendapat Saguhati. Tahniah buat semua murid yang telah mencuba sedaya upaya dan juga buat ustazah yang berpenat lelah melatih anak-anak didik.

Monday 24 February 2014

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID BAGI TAHUN 2014

Pada pagi 23 Febuari 2014  , jam 8.00 pagi telah diadakan majlis watikah perlantikan pemimpin murid iaitu barisan pengawas sekolah, perpustakawan dan juga ketua serta penolong ketua kelas. Majlis Telah dirasmikan oleh Pegawai Polis Daerah Tumpat.

Monday 10 February 2014

Majlis penyampaian bantuan Khas Persekolahan 2014

Pada  07 Febuari yang baru berlalu telah diadakan majlis penyampaian bantuan Khas Persekolahan  berjumlah RM100.00 kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 di dewan Besar Sekolah.  Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG sekolah merangkap naib Ketua Bahagian UMNO Tumpat. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.45 ptg.

Majlis Penyampaian Kwamp e-Kasih 2014

Gambar-gambar Sektar Majlis Sambutan Maulidurrasul 2014









Sunday 26 January 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014/1435H

Untuk makluman semua murid-murid dan ibu bapa  Sekolah ini. Majlis sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah akan di adakan pada masa , tarikh sebagaimana berikut:

                                     Tarikh:  29.01.2014 / 28 Rabiul Awal 1435H.  
                                     Masa : 8.00 pagi

Aturcara;  dimulakan dengan perhimunan pagi
                 08.20  : Perarakan Mulidurrasul   dari sekolah ke..kg baru nelayan..pulang ke sekolah.
                 10.00  : Ceramah Maulidurrasul.
                 12.00  : Jamuan Murid
                  01.15 : Jamuan Guru.