Monday 24 September 2012

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKST2 2012

Pada pagi 23 September 2012, di tapak perhimpunan sekolah telah dilangsungkan majlis penutupan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55 oleh Guru Besar En. Mohd Saufi Mahmood.  Majlis pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh us Khairul Hakimin Abd Rahman, kemudian diikuti dengan ucapan penyelaras program  En Mohd Yamin Ali (PKKO).

Majlis penutupan diakhiri dengan ucapan penutup oleh yang berusaha Guru Besar Sekolah  dengan menekan aspek kecintaan pada negara. Beliau dalam ucapan mengajak semua murid agar merasa bersyukur berada di dalam sebuah negara yang begitu aman dan maju. Oleh itu beliau meminta murid-murid agar terus belajar dengan tekun untuk terus membantu negara menjadi sebuah negara yang  maju.Berikut gambar di sekitar majlis yang diadakan.

KURSUS PEMANTAPAN IBADAH MURID TAHUN 6

Pada pagi Sabtu 22 September 2012, Us Rumaizi Mohamed selaku ketua panatia PAI telah melaksanakan satu program khusus kepada murid tahun 6. Program ini khusus bagi memantapkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang telah dipelajari di dalam kelas. Program ini juga merupakan salah satu projek persendirian ustaz  di dalam minggu Intership IPG kepada peserta program PGSR.

Di dalam kursus sehari ini murid-murid di dedahkan kepada:
     a- Ibadah solat berjemaah ( konsep masbuk dan muafik).
     b- Pengurusan jenazah ( kafan dan solat jenazah).

Murid-murid datang se awal 7.40 pagi, kehadiran murid seramai 46 orang  daripada 64 orang murid tahun 6. Kursus ini dikendali sepenuhnya oleh Us. Rumaizi dalam ketiga-tiga slot yang dijadualkan. Ini kerana ustaz jemputan dari Bachok tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Berikut gambar sekitar kursus yang diadakan sehingga jam 1.30 tengahari.





Tuesday 11 September 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

 
Setiap pagi Selasa, Rabu dan Khamis pada minggu ini , semua murid tahun 5 bersama beberapa orang guru termasuk Guru Besar sekolah berkumpul di surau sekolah bersama-sama membaca surah Yassin dan solat hajat bagi memohon keberkatan daripada Allah swt.

Majlis ini ekoran cadangan daripada Pegawai Pendidikan Derah kepada semua sekolah semata-mata memohon agar murid-murid yang menduduki UPSR diberikan ketenangan dan kejayaan di dalam peperiksaan yang mereka lalui.

Begitu jugalah dengan sekolah kami, pihak guru besar telah menyahut cadangan ini dan tugas ini telah diamanahkan kepada panitia Pendidikan Islam untuk melaksanakannya.
 
 
 


PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2012

Pagi ini warga sekolah berdoa agar semua murid tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR 2012 akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Sebelum murid-murid masuk ke dewan  terlebih dahulu Guru besar, PKP  dan beberapa orang guru berkumpul memberi kata-kata semangat dan tip akhir sebelum peperiksaan bermula.

Majlis diikuti pula dengan bacaan doa oleh Us Rumaizi dan seterusnya diiringi  para guru murid-murid  berjalan masuk ke dalam dewan Utama. Seterusnya mereka diberi taklimat oleh ketua Pengawas sebelum peperiksaan sebenar berjalan.

Hari ini murid akan menempuh  peperiksaan bagi kertas Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan serta matematik kertas 1.




Saturday 8 September 2012

Solat Hajat UPSR 2012

Pagi kelmarin pihak sekolah telah mengadakan solat hajat sempena peepriksaan UPSR bagi tahun ini yang akan bermula pada hari Selasa 11.09.2012 di dewan Utama sekolah. Ibu bapa dan guru turut serta dalam melaksanakan tanggungjawab ini untuk sama-sama berdoa agar dianugherahi Allah swt kecemerlangan kepada anak-anak didik SK Sri TUmpat 2.

Majlis dimulai dengan bacaan yassin ,tahlil dan solat hajat telah dipimpin oleh Ustaz Azmi Abdullah yang juga merupakan salah seorang  bapa  kepada (Anas Bin Azmi)  murid di Sk Sri Tumpat 2 yang akan menduduki UPSR  pada tahun ini.

Kehadiran  ibu bapa sekitar 70 %, ini mungkin disebabkan kebanyakan bapa turun ke laut pada hari ini, tambahan pula majoriti murid SK Sri Tumpat 2 ibu bapa bekerja sebagai nelayan..




Tuesday 4 September 2012

MAJLIS AIDILFITRI ANJURAN PPD TUMPAT DI DEWAN SK SRI TUMPAT 2

Pada pagi ini mulai jam 10.00 pagi  kakitangan sekolah, kakitangan swasta dan kakitangan sistem keselamatan sekolah memenuhi dewan Sk Sri Tumpat 2 bagi mengikuti program sambutan Aidilfitri. Sambutan aidilfitri peringkat PPD Tumpat yang dianjurkan bersama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Parlimen Tumpat.

Majlis yang diadakan adalah bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dengan semua pihak yang terlibat. Majlis dimulakan dengan tazkirah  dan penghayatan kemerdekaan oleh ustaz yang didatangkan khas oleh Unit Pembangunan Parlimen Tumpat.

                                GAMBAR DI SEKITAR MAJLIS DI DEWAN SEKOLAH





KEM REHAT MINDA CALON UPSR 2012

Kem Rehat Minda UPSR 2012

Pihak Pentadbiran sekolah melalui unit Kcemerlangan dan Unit Bimbingan Kaunseling telah melaksanakan program Rehat Minda calon UPSR 2012 di pantai Sri Tujuh bermula kelmari 3.09.2012 hingga 04.09.2012.Program ini diselaraskan oleh PK Pentadbiran En nHashim Mohamed serta jawatankuasa yang dilantik. Mesyuarat Akhir telah diadakan pada 02.09.12 khusus bagi menyelaraskan semua kerja guru bagi mempastikan program dapat dijalankan dengan jayanya.

                        GAMBAR SEKITAR PROGRAM REHAT MINDA UPSR 2012









 Majlis penutup telah  disempurnakan oleh tuan Guru Besar En Mohd Saufi Mahmood. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari, yang mana ibu bapa telah datang mengambil anak masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah. Majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik, ia mendapat sokongan semua guru, semua guru memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini.

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA GURU SK SRI TUMPAT 2 DAN JUGA MURID-MURID\TAHUN 6 YANG BERKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.




Saturday 1 September 2012

PERHIMPUNAN PAGI ISTIMEWA 2.9.2012


Perhimpunan pagi ini agak istimewa kerana Kelab guru dan kakitangan sekolah meraikan sambutan hari lahir kepada 2 orang guru iaitu En Mohd Yamin Ali (PKKO) dan juga Pn Nik Norizan  Bt Nik Hassan. Memang menjadi tradisi kelab guru  dan kakitanga Sk Sri Tumpat 2 meraikan hari lahir semua ahlinya. Majlis penyampaian cenderahati hari lahir disempurnakan oleh En Mohd Saufi Mahmood guru besar sekolah.