Sunday 29 January 2012

BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG

Hari ini  29 Januari 2012, Guru Besar sekolah En Mohd  Saufi Mahmood mengadakan taklimat kepada semua guru di bilik mesyuarat utama berkaitan dengan budaya sekolah penyayang. Menurut  En Md  Saufi pelaksanaan  program ini adalah ilham dari  Ketua Pengarah Pelajaran sendiri dan dibanetang oleh beliau sendiri dalam seminar pada awal tahun 2012 di  Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini adalah merrangkumi 3 perkara iaitu :
1- Mengalu-alu kan kedatangan murid ke sekolah dan mengiringi kepulangan murid dari sekolah.
     Dalam bahagian ini kaedah pelaksanaan ialah guru akan menyambut kedatangan murid ke sekolah
     dalam suasana yang gembira, yakni menyambut mereka dan bertanya khabar mereka..manakala dalam
     masa dalam kelas guru menekankan pula konsep keceriaan dan kebersihan sebelum sesuatu   P&P
     dijalankan.

2- program Mentor Mentee ; iaitu guru menjadi kan kelas tertentu sebagai kelas angkat.Yakni guru menjadi
     pembimbing dan juga berkongsi masalah dan membantu menyelesaikan masalah bagi kelas di bawah
     jagaannya

3- Memberi penghargaan dan hadiah: program ini seperti memberi hadiah hari lahir/ sambutan perayaan dan
     menyampaikan bantuan.


Keseluruhannya program ini adalah untuk mewujudkan suasana budaya ceria dan sayang menyayangi di kalangan warga sekolah. Mudahan hasrat KPM akan dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru di sekolah
sebagai agen perubahan dan pelaksana.

Monday 23 January 2012

MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 2012

Pada 20.01.2012 telah diadakan satu mesyuarat AJK PIBg kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Wan Hanapi Wan Yaakob , serta dihadri bersama Guru Besar SKST2 serta AJK lain adalah semata-mata bagi membincang hal-hal yang berkaitan dengan paranan PIBG di sekolah . Di samping itu juga membincangkan berkaitan mesyuarat Agung tahunan PIBg bagi tahun 2012.

Kita sedar betapa peranan PIBG penting bagi menggerakkan  ke arah kecemerlangan dan peningkatan kepada kaualiti pendidikan di sekolah. Tanpa kerjasama yang erat antara sekolah dan PIBg sudah pasti kita akan menemui kegagalan dalam melaksanakan setiap perancangan ke arah kemantapan pendidikan  di sekolah.

Thursday 19 January 2012

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 DAN GURU SKST2

Majlis pemuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 19.01.2012 . Majlis diadakan pada jam 9.00 pagi di bilik PSS.  Majlis dipengerusikan oleh PK Pentadbiran Pn Hjh Rohani Bt Mat  dan dibantu oleh PK KO  En Mohd Yamin Ali, guru kelas En. W. Mohd Zamri dan Pn Nik Hasfah serta setiausaha kecemerlangan sekolah Pn Wan hasni.

Kehadiran ibu bapa amat baik hampir 95 % dalam perjumpaan yang diadakan. Majlis adalah khusus bagi membincangkan strategi dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan UPSR 2012. Di samping itu majlis ini juga bagi menyampai maklumat dan makluman kepada ibu bapa secara lebih tepat.




                                Gambar: sekitar majlis pemuafakatan yang diadakan di bilik PSS .

Friday 13 January 2012

MAKMAL KOMPUTER BARU SKST2

  




Gambar menunjukkan makmal komputer sekolah yang baru siap dipasang. Murid-murid 6N telah
digunakan untuk memastikan sistem yang dipasang boleh digunakan dengan baik dan memuaskan.
Makmal komputer telah siap dipasang pada 20.12.2011 dan lengkap sepenuhnya pada 12.01.2012 dan
akan diguna sepenuhnya pada 29.01.2012 ini. Pihak sekolah hanya menanti pemasangan sistem wifi baru melalui program 1bestarinet yang akan membuat pemasangan penghujung januari atau di awal febuari menggantikan Schoolnet.

Wednesday 11 January 2012

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1

Saban tahun , murid-murid tahun 1 akan melalui minggu orientasi atau kita namakan minggu transisi,
program ini dilaksanakan pada 3 minggu pertama,khusus untuk memberi pendedahan kepada budaya
sekolah yang sebenar.Disamping untuk membiasakan murid dengan alam persekolahan baru







Gambar atas menunjukkan murid-murid sedang memgadakan aktiviti sukaneka dengan dikawal selia oleh dua orang guru tahun 1(Us Rumaizi dan En. Rosdi.) yang bertugas pada hari ini.
Murid-murid begitu seronok dalam menyertai permainan sukaneka antara mereka. Semangat jerjasama dan keseronokan inilah yang ingin dipupuk kepada murid-murid agar mereka rasa seronok untuk hadir ke sekolah.

Friday 6 January 2012

MESYUARAT PANATIA

Pada 5 Januari 2012, 2 unit Panatia telah mengadakan mesyuarat  buat kali pertama bagi tahun 2012. Panatia yang terlibat ialah :

                1- Panatia Bahasa Malaysia:
                                 Masa :  1.20 petang
                                 Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil
                                 Pentadbir hadir :  Tuan Guru Besar ( En Mohd Saufi Mahmod)

                2. Panatia Pendidikan Islam:
                                 Masa   : 1.20 petang
                                 Tempat ; Bilik BBM
                                 Pentadbir hadir  ; Pk Ko( En Mohd Yamin Ali)

Mesyuarat kali pertama  adalah berfokus kepada perkara berikut:

1. Pengurusan P&P  iaitu penyediaan sukatan/huraian sukatan/Rancangan Tahunan.
2. Format penulisan harian.
3.Melantik AJk kerja tahun 2012
4. Merangka program /aktiviti tahun 2012.
5. Penambahbaikan aktiviti yang lepas.

Thursday 5 January 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

3 Januari 2012 semua warga  Sekolah seluruh negara kembali ke alam persekolahn bagi menjalani seisi persekolahan di alaf baru. Warga SKST2 juga berharap agar tahun 2012 akan memberi sinar yang lebih cemerlang dan gemilang.

Bagi tahun 2011, kami rasa bersyukur kerana walau tak mencapai matlamat 13 orang 5A namun kami tetap berjaya memperbaiki prestasi UPSR lalu dengan penuh bangga. 3 orang mendapat 5A daripada 52 orang calon yang menduduki UPSR dan peratus kelulusan melebihi 60%.

Kami berharap tahun ini akan lebih cemerlang.Kami berdoa agar semua warga SKST2 akan berdaya maju di bawah pentadbiran baru iaitu Guru Besar En Mohd Saufi Mahmod....amin