Sunday 29 January 2012

BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG

Hari ini  29 Januari 2012, Guru Besar sekolah En Mohd  Saufi Mahmood mengadakan taklimat kepada semua guru di bilik mesyuarat utama berkaitan dengan budaya sekolah penyayang. Menurut  En Md  Saufi pelaksanaan  program ini adalah ilham dari  Ketua Pengarah Pelajaran sendiri dan dibanetang oleh beliau sendiri dalam seminar pada awal tahun 2012 di  Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini adalah merrangkumi 3 perkara iaitu :
1- Mengalu-alu kan kedatangan murid ke sekolah dan mengiringi kepulangan murid dari sekolah.
     Dalam bahagian ini kaedah pelaksanaan ialah guru akan menyambut kedatangan murid ke sekolah
     dalam suasana yang gembira, yakni menyambut mereka dan bertanya khabar mereka..manakala dalam
     masa dalam kelas guru menekankan pula konsep keceriaan dan kebersihan sebelum sesuatu   P&P
     dijalankan.

2- program Mentor Mentee ; iaitu guru menjadi kan kelas tertentu sebagai kelas angkat.Yakni guru menjadi
     pembimbing dan juga berkongsi masalah dan membantu menyelesaikan masalah bagi kelas di bawah
     jagaannya

3- Memberi penghargaan dan hadiah: program ini seperti memberi hadiah hari lahir/ sambutan perayaan dan
     menyampaikan bantuan.


Keseluruhannya program ini adalah untuk mewujudkan suasana budaya ceria dan sayang menyayangi di kalangan warga sekolah. Mudahan hasrat KPM akan dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru di sekolah
sebagai agen perubahan dan pelaksana.

No comments:

Post a Comment