Wednesday 24 April 2013

Latihan 2 tahun 2013

Hari in hari terakhir bagi latihan 4,5 dan 6 bagi tahun  untuk bulan April 2013. Latihan ini dijalankan bagi menilai tahap penguasaan murid  sepanjang 4 bulan belajar di tahun 2013.
Manakala murid tahun 1 hingga 3 pula tidak terlibat dengan sistem  ini kerana kurikulum baru sekolah rendah (KSSR) yang dinilai prestasi melalui kaedah Pentaksiran  berasaskan sekolah.

Sunday 7 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 2013

Pada pagi 05.04.2013  Jumaat jam 8.30 pagi telah diadakan pendaftaran mesyuarat PIBG SK Sri Tumpat 2 bagi kai ke-16. Mesyuarat pada tahun ini merupakan mesyuarat tahunan yang wajib diadakan sebelum 30 Mac. Namun pada tahun ini berlaku kelewatan  sedikit kerana pihak sekolah  banyak mengendalikan program sukan peringkat PPD/ Oleh itu tarikh ini dipilih bersesuaian dengan masa dan aktiviti

Mesyuarat dirasmikan oleh  YDP PIBG sendiri kerana Pegawai PPD  Tumpat yang sepatutnya merasmikan tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus di Kuantan Pahang. Kehadiran mesyuarat pada kali ini agak sederhana, yang mana sebahagian besarnya  adalah kaum ibu.

Mesyuarat Agung tahun ini melibatkan pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2013/2014.