Tuesday 24 April 2012

MAJLIS BERSAMA TPM TAN SRI MUHYIDIN YASIN

Pada petang kelmarin jam 2.30 semua warga guru PPD Tumpat berkumpul di padang SMK Chabang Empat untuk bersama pemimpin negara iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan sri Muhyiddin Yasin (merangkap Menteri Pelajaran Malaysia). Pemimpin bersama rakyat ini diadakan berasama dengan rakyat Tumpat, Angakatan RELA, SRS negeri Kelantan.

Dianggarkan orang ramai yang hadir melebihi 6,000 orang kesemuanya. Apa tidaknya semua guru PPD Tumpat sahaja berjumlah hampir 2,500 orang. Alhamdulillah boleh dikatakan semua sekolah memberi komitmen yang tinggi  dengan menghadiri majlis yang diadakan.

Pengarah pelajaran kelantan  Tn Hj Hussin sendiri mernyambut dan mengalu-alukan kedatangan guru bersama dengan pegawai-pegawai PPD Tumpat.

Berikut antara gambar yang sempat saya rakamkan:


TPM  sedang diringi ke khemah Majlis Bersama Rakyat.

 PKKO Md Yamin bersama Cikgu Sabri  dan Us khairul di meja
pendaftaran SK Sri Tumpat2


Guru Besar sedang memantau pendaftaran guru yang diketuai
Pn Norizan (PKHEM) dan pembantunya Pn Nik Hasfah.



BOLA BALING MSSD TUMPAT

Pertandingan  Bola Baling peringkat MSSD Tumpat teah diadakan pada  19.4.2012 yang lalu bertempat di padang Sk Kubang Batang. Dalam pertandingan ini Zon kelaboran telah mendapat Naib Johan bagi kategori bawah 12 tahun  (P) manakala tempat ketiga bagi Kategori  12 tahun (L).

Dalam pertandingan ini juga 4  orang murid SK Sri Tumpat telah terpilih bagi mewakili Zon Kelaboran. Manakala bagi peringkat MSSK pula , Adik Roslinda Pauzi (6N) telah terpilih mekali MSSD Tumpat ke perlawanan antara MSSD  akan datang. Latihan pusat bagi murid yang terlibat  akan diadakan di padang SK Kubang Batang.

Saturday 21 April 2012

MESYUARAT GURU KALI KE-3

Pada Jam 1.00 tengahari   19.4.12  telah diadakan mesyuarat  guru bagi kali ke-3. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PKP En Haashim Mohamed. Mesyurat diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara yang dirasakan perlu  dalam membantu kerja buat guru  pada masa akan datang.

Bola Baling MSSD Tumpat

Pada ini bermula pertandingan  bola baling peringkat PPD Tumpat bawah 12 tahun berpusat di padang Sk Kubang Batang. Acara bermula se-awal jam 8.00 pagi. Dimaklumkan peratndingan akan menggunakan kaedah liga dan pemenang terbanyak akan dikira sebagai Johan.

Dalam pertandingan ini 4 orang pelajar SKST2  terlibat  meweakili Zon Kelaboran. Mereka ialah Siti Adaweyah , Roslina Pauzi. Ummu Naziran (6N) manakala Lelaki pula ialah Hamizan Md Yusoff(6Z).




Wednesday 11 April 2012

MAJLIS PERASMIAN HARI PSS SKST2 2012

Pada pagi ini tepat jam 10.30 pagi satu majlis diadakan di PSS sekolah iaitu Hari Sambutan PSS peringkat sekolah. Pihak sekolah telah menjemput En Zakaria Bin Hassan Penolong Pengarah BTP, Negeri Kelantan bagi melancarkan majlis yang diadakan.


Guru Besar En Mohd Saufi sedang menyampaikan ucapan
alu-aluan dalam majlis yang diadakan.


En Zakaria Hassan sedang menyampaikan ucapan perasmian
 pada majlis sambutan Hari PSS sekolah  tahun 2012.


Monday 9 April 2012

BAKAT TERPENDAM GURU SKST2




Comel juga lukisan bila siap...ustaz kita,  Cikgu Na dan Cikgu Wan


Tengok PKP, PKKO, CikguAzwari Cikgu Na tunjukkan
kepakaran mereka dalam seni mewarna
 

PK pentadbiran cikgu Hashim dengan kreativitinya
dalam seni mewarna mural.
 

Kak Zan PK HEM pun tak lepas peluang mencuba bakat 
yang begitu lama terpendam
 

Cikgu Wan hasni begitu asyik mewarna walaupun keadaannya
yang begitu .........dengan ditemani PKP.

KEPUTUSAN BOLA BALING PERINGKAT ZON KELABORAN

Pada 4 dan 5 April telah diadakan pertandingan Bola Baling bagi Zon kelaboran bertempat di padang SKST2 bermula jam 2.30 petang hingga 6.oo petang. Pada 4hb April telah diadakan bagi kategori lelaki manakala pada 5 April pula bagi kategori perempuan..
 Pasukan lelaki SKST 2 gagal menyerlah untuk tempat 1-3, manakala pasukan perempuan telah berjaya mencapai naib johan peringkat zon kelaboran



Guru Besar sedang memberi kata-kata semangat  kepada pasukan 
sekolah sebelum perlawanan akhir.
 

Pemain sekolah sedang mempertahankan diri dari serangan
pasukan lawan
 

Pasukan Bola Baling (p) SKST2 2012