Monday 9 September 2013

PEPERIKSAAN BERMULA HARI INI

 
HARI INI  10.09.2013  BERMULAH PEPERIKSAAN UPSR
 BAGI
 MURID TAHUN 6 SELURUH NEGARA
TERMASUK MURID
SK SRI TUMPAT 2 ,TUMPAT KELANTAN
 
KAMI DOAKAN AGAR MEREKA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
 


Cikzu Zamri sedang memberi taklimat kepada murid-murid
tentang peraturan dan perkara yang perlu dipatuhi murid-murid
serta memberi perangsang sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan
 

Semua murid sedang mengaminkan doa   yang dibaca bagi memberkati
mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan.

MAJLIS IZIN ILMU MURID UPSR 2013

Majlis Izin ilmu  telah diadakan pada pagi ini 07.09.2013 di dataran perhimpunan sekolah. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zawawi Che Yusoff. Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan murid tahun 6 yanga akan menuduki UPSR pada  10.09.2013(selasa). Majlis  izin ilmu telah disempurnakan oleh PK Pentadbiran  dan diikuti dengan ikrar murid yang diketuai oleh  Mohd Shahree Ameer ( Ketua Pengawas)

 
 




PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA SEMPENA BULAN MERDEKA

Pada 07 September 2013 pihak sekolah  telah mengadakan pertandingan mewarna dan melukis sempena 56 tahun Malaysia merdeka. Pertandingan ini dikelolakan oleh unit kokurikulum dengan diselaraskan oleh En Azuari Che Mat dan guru-guru yang dilantik.

Pertandingan terbuka kepada  dua bahagian iaitu mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2 (tahun 4 dan 5) manakala tahun 6 tidak terlibat.

susana aidilfitri 2013/1434 SK Sri Tumpat 2



SUASANA DI AIDILFITRI DI SK SRI TUMPAT 2 PADA 22.08.2013






MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PELANCARAN BULAN MERDEKA

Pada 22.08.2013 bersamaan 16 Syawal  pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Adilfitri dan juga pelancaran bulan merdeka. Majlis ini diselaraskan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum  sekolah dengan  2 orang guru sebagai setiausaha penyelaras.

Pada sebelah pagi mulai 7.40-9.40 pagi telah dilangsungkan majlis pelancaran bulan merdaka yang dilancarkan oleh Tuan Guru Besar SK Sri Tumpat 2. Majlis dimulakan dengan ucapan PK Kokurikulum dan diikuti ucapan pelacaran dan seterusnya persembahan guru dan murid.





MAJLIS BERBUKA PUASA SEKOLAH 1434H/2013

Alhamdulillah, pihak sekolah telah sekali lagi Berjaya menganjurkan program iftar Jamie(Majlis Berbuka Puasa ) bagi tahun ini. Majlis diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan islam dan Guru Pelatih IPG Kota Bharu. Majlis ini diadakan sebagai satu aktiviti Ihya Ramadhan sebagaimana yang digalakkan oleh KPM setiap kali Ramadhan menjelma. Sambutan ibu bapa adalah menggalakkan dan menerima sambutan yang baik oleh semua murid tahun 4 hingga 6.

Dalam majlis ini diadakan majlis penyampaian bantuan hari raya dan penyampaian zakat oleh pihak sekolah yang diampaikan oleh wakil pegawai PPD Tumpat iaitu tn haj Mohamad Saad.  Selepas berbuka puasa, solat hajat perdana khusus untuk murid UPSR juga diadakan dengan diimamkan oleh alfadhil Us Azmi (Bekas Imam Besar Masjid Tumpat)