Monday 9 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA SEKOLAH 1434H/2013

Alhamdulillah, pihak sekolah telah sekali lagi Berjaya menganjurkan program iftar Jamie(Majlis Berbuka Puasa ) bagi tahun ini. Majlis diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan islam dan Guru Pelatih IPG Kota Bharu. Majlis ini diadakan sebagai satu aktiviti Ihya Ramadhan sebagaimana yang digalakkan oleh KPM setiap kali Ramadhan menjelma. Sambutan ibu bapa adalah menggalakkan dan menerima sambutan yang baik oleh semua murid tahun 4 hingga 6.

Dalam majlis ini diadakan majlis penyampaian bantuan hari raya dan penyampaian zakat oleh pihak sekolah yang diampaikan oleh wakil pegawai PPD Tumpat iaitu tn haj Mohamad Saad.  Selepas berbuka puasa, solat hajat perdana khusus untuk murid UPSR juga diadakan dengan diimamkan oleh alfadhil Us Azmi (Bekas Imam Besar Masjid Tumpat)

No comments:

Post a Comment