Sunday 13 January 2013

MAJLIS PELANCARAN i-THINK DI SKST2

Pada hari Ahad 13.01. 2013 (kelmarin) telah diadakan majlis pelancaran i-THINK pringkat sekolah di Dewan Besar SKST@ pada  jam 8.00 pagi. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh  En  Mohd Sauf Mahmood iaitu  Guru besar  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2.

KURSUS PENDEDAHAN i-THINK KALI KE-2

Pada 09.01. 2013 hari Rabu jam 1.30 petang hingga 3.30 petang pihak sekolah telah mengadakan kursus dalam perkidmatan kal ke-2 khusus bagi memberi pendedahan kepada semua guru berhubung program i-THINK.  Program ini adalah program rintis KPM bagi sesi 2013 , yang mana bagi PPD Tumpat hanya 3 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah ini.

Program ini telah dilaksanakan secara rinti kepada 10 buah sekolah di seluruh Malaysia pada 2012. Manakala pada tahun ini pula bilangannya ditambah sebanyak 1000 buah sekolah dan sasaran KPM pada tahun 2014 semua sekolah  melaksanakan progra i-THINK. Program ini  adalah untuk membentuk budaya kemahiran brfikir di kalangan murid-murid melalui 8 peta pemikiran (Thinking Maps). Peta ini berbeza dengan peta minda kerana ia telah ditetapkan konsep dan penggunaannya.