Thursday 19 January 2012

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 DAN GURU SKST2

Majlis pemuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 19.01.2012 . Majlis diadakan pada jam 9.00 pagi di bilik PSS.  Majlis dipengerusikan oleh PK Pentadbiran Pn Hjh Rohani Bt Mat  dan dibantu oleh PK KO  En Mohd Yamin Ali, guru kelas En. W. Mohd Zamri dan Pn Nik Hasfah serta setiausaha kecemerlangan sekolah Pn Wan hasni.

Kehadiran ibu bapa amat baik hampir 95 % dalam perjumpaan yang diadakan. Majlis adalah khusus bagi membincangkan strategi dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan UPSR 2012. Di samping itu majlis ini juga bagi menyampai maklumat dan makluman kepada ibu bapa secara lebih tepat.




                                Gambar: sekitar majlis pemuafakatan yang diadakan di bilik PSS .

No comments:

Post a Comment