Wednesday 21 March 2012

GURU PELATIH IPG DI SKST2

Pada minggu ini mulai 18 -22 Mac 2012 sekolah menerima kehadiran 3  guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia . 2 orang dari IPG Tun Hussein Onn Johor Bharu dan seorang dari IPG Teknik Cheras Kuala Lumpur. Mereka bertiga dalam program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang wajib diikuti oleh guru pelatih bermula Sem 3.

Dari Kiri Nazatul Aleena  , Nur Amirah ( kedua-duanya IPG Tun Hussein Onn)
manakala Nurhidayatul Fadhilah pula dari IPG Teknik Cheras.

Sememangnya itulah rutin yang perlu dilalui ileh guru pelatih, mereka akan melalui pelbagai program sebelum bergelar guru secara hakiki. Kami warga SKST2 mengucapakan selamat maju jaya
dan  akan menjadi guru yang cemerlang di kemudian hari. 
Hari ini hari terakhir mereka bertiga berorientasi dan mencari pengalaman di sekolah kami.
Terima kasih kerana memilih sekolah kami untuk mencari pengalaman.

No comments:

Post a Comment