Wednesday 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU SKST2 2012

Seluruh negara pada hari ini di semua sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru serentak dengan sambutan peringkat Kementerian Pelajaran yang diadakan Di Perak. Sambutan buat kali ke -41 dengan temanya " GURU INOVATIF MELONJAKKAN  TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".

Begitu  juga dengan sekolah kami SK Sri TUmpat 2, tidak ketinggalan meraikan majlis meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa bagi mencapai kecemrlangan dalam pendidikan. Hari ini khusus bagi guru meraikan diri mereka dan juga hari murid melahirkan rasa sayang dan hormat khusus pada guru mereka.

Acara hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi, ucapan  ketua murid, ucapan perasmian oleg Guru Besar serta Ucapan Ketua Pengarah yang telah disampaikan oleh PK Pentadbiran En Hashim. Acara diteruskan dengan nyanyian guru Malaysia dan Ikrar Guru.

Program diisi seterusnya dengan sukaneka di kalangan guru-guru termasuk guru KAFA dan juga acara persembahan oleh para guru.

Kami juga bertuah kerana pada tahun ini, YB Dato Nor Zahidi (ketua UMNO Tumpat) telah menghantar kek sempena Hari Guru melalui wakil beliau dari Skuad Penyayang.Terima Kasih atas ingatan terima kasih dari Dato Nor Zahidi (ADUN Pengkalan Kubor)








No comments:

Post a Comment