Saturday 31 March 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH TUGAS-TUGAS KHAS GURU SKST2 2012

Pada pagi ini , tepat jam 7.40 pagi satu majlis perhimpunan khas diadakan bagi menjayakan majlis penyampaian watikah perlantikan tugas guru bagi tahun 2012.Majlis pada pagi ini telah disempurnakan oleh  Tn Hj Che Husin Bin Che Soh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah.
Majlis Dimulakan dengan  bacaan doa, diikuti  dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar sekolah. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Che Husin Che Soh dan seterusnya penyampaian watikah perlantikan. Majlis berakhir pada jam 8.30 pagi.
 Tetamu jemputan Tn Hj Che  Husin Che Soh  bersama barisan
pentadbir sekolah

Guru Besar En Mohd Saufi Mahmood Menyampaikan
ucapan alu-aluan kepada semua hadirin

 Tn Hj Che Husin Che Soh Penolong Pegawai PPD Tumpat
menyampaikan ucapan perasmian



En Abd Manaf menerima Watikah perlantikan daripada
Tn Hj Husin Che Soh dalam majlis yang diadakan


Guru Besar menerima ucapan selamat hari lahir dari  Tn Hj Che Husin
dalam majlis  yang diadakan pada pagi ini.
( Guru Besar dan cik gu Nisah menyambut hari lahir dalam majlis ini)


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Che Husin Che soh
sebagai tanda terima kasih atas  kehadiran beliau ke SKST2.

PERTANDINGAN BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON KELABORAN

Pada petang ini diadakan perlawanan separuh akhir dan akhir perlawanan bolasepak bawah 12 tahun bagi zon kelaboran. Perlawanan akan diadakan di padang sekolah SK Sri Tumpat 2 pada jam 2.00 petang. Pasukan sekolah akan bertemu dengan SK Berangan 1 dalam perlawanan separuh akhir pertama pada petang ini. Harapan agar pasukan sekolah akan dapat mencapai kecemerlangan...Insya Allah


Pasukan Bola sepak sekolah bersama Jurulatih dan Pengurus
Pasukan En Mosli dan En Mohd Sabri

Pasukan Sekolah sedang bertarung peringkat separuh akhir.

MESYUARAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH KE-2

Pada petang ini , jam 1.10 diadakam mesyuarat peringkat majli sukan sekolah bagi menyusun program yang akan berlangsung pada bulan April sehingga bulan Jun. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh PK Kokurikulum MOhd Yamin Ali dan disertai bersama PK HEM Pn Norizan Mat dan 9 orang guru sebagai AJK Induk majlis sukan sekolah.





Wednesday 28 March 2012

BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON KELABORAN

PETANG INI JAM 2.00 PETANG SEKALI LAGI  PADANG SEKOLAH SK SRI TUMPAT AKAN MENJADI TUMPUAN GURU DAN MURID-MURID ZON KELABORAN.

Ini kerana pada petang nanti pertandingan bolasepak peirngkat zon akan diadakan tepat jam 2.00 petang. Sk Tumpat menjadi penyelaras pertandingan , manakala padang sekolah SKST2 menjadi medan pertandingan antara sekolah-sekolah yang terlibat. Pertandingan melibatkan 7 buah sekolah iaitu SK Tumpat, Sk Sri Tumpat 1. SK Sri Tumpat 2,Sk Kelaboran. SRJK Yut Tze, Sk Beranagan 1 dan SK berangan 2.

Saturday 24 March 2012

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSK BAWAH 15 TAHUN

Hari ini adalah hari ke-2 kejohanan sepaktakraw MSSK bagi tahun 2012. Sekolah Sri Tumpat 2 telah menjadi medan pertarungan acara ini. PPD Tumpat menjadi tuan rumah bagi acara yang diadakan. Semua daerah menyertai acara pada pagi ini iaitu PPD Gua Musang, PPD Kuala Krai, PPD Machang,PPD Jeli, PPD Tanah Merah, PPD Tumpat, PPD Bachok,PPD Kota Bharu Utara dan Selatan







Pengurus dan Jurulatih PPD Bachok sedang merancang strategi untuk
pusingan kedua menentang Machang


PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN UBB1

Pada pagi ini, diadakan perhimpunan mingguan seperti biasa.Acara dimulakan dengan nayanyian lagu-lagu patriotik  Negaraku,Selamat Sultan dan lagu sekolah. Diikuti dengan laporan  guru bertugas dan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kapada murid.


PKP En Hashim menyampaikan hadiah kepada  3 orang murid
yang mencapai 4A 1B dalam UBB 1 2012.
(NOR FARINA, UMMU NADHIRAH, NOR HIDAYAT)


 PK KO EN MOHD YAMIN MENYAMPAIKAN HADIAH
kepada Ketua Pasukan Bola Jaring Sekolah.


PK KO menyampaikan sijil kepada Maisarah Shukri yang mendapat
naib johan Hafazan MTQ Zon Kelaboran



Murid Tahun 2 menyampaikan persembahan koir Bahasa Inggeris
dalam aktiviti mingguan program MBMMBI


KEJOHANAN TAKRAW MSSK 2012

Pada hari ini ,  24.3.2012. bertempat di dewan besar SK Sri Tumpat berlangsung kejohanan sepaktakraw MSSK bagi tahun 2012 peringkat umur bawah 12 tahun. MSSD Tumpat telah menjadi tuan rumah bagi  acara sepaktakraw.Penyertaan melibatkan semua PPD  di seluruh Kelantan. Acara pada hari ini diadakan secara double knock-out antara regu.



Acara akan berlangsung  tiga hari iaitu 25.3.2012 bagi bawah 15 tahun dan pada 26.3.12 pula bagi acara bawah 18 tahun.

Wednesday 21 March 2012

Persembahan Murid Di Perhimpunan Sekolah

Pada 18.3.2012 yakni setiap hari Ahad di waktu sesi perhimpunan pagi, saban kali murid akan membuat persembahan dalam program  MBMMBI. Pada minggu ini murid tahun 6 Nilam telah membuat satu persembahan yang cukup menarik. Persembahan mereka adalah berteraskan pewngetahuan sains yang dipoersembahkan melalui acara simulasi peredaran bulan, bumi dan matahari.

GURU PELATIH IPG DI SKST2

Pada minggu ini mulai 18 -22 Mac 2012 sekolah menerima kehadiran 3  guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia . 2 orang dari IPG Tun Hussein Onn Johor Bharu dan seorang dari IPG Teknik Cheras Kuala Lumpur. Mereka bertiga dalam program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang wajib diikuti oleh guru pelatih bermula Sem 3.

Dari Kiri Nazatul Aleena  , Nur Amirah ( kedua-duanya IPG Tun Hussein Onn)
manakala Nurhidayatul Fadhilah pula dari IPG Teknik Cheras.

Sememangnya itulah rutin yang perlu dilalui ileh guru pelatih, mereka akan melalui pelbagai program sebelum bergelar guru secara hakiki. Kami warga SKST2 mengucapakan selamat maju jaya
dan  akan menjadi guru yang cemerlang di kemudian hari. 
Hari ini hari terakhir mereka bertiga berorientasi dan mencari pengalaman di sekolah kami.
Terima kasih kerana memilih sekolah kami untuk mencari pengalaman.

MURID SKST2 DI MTQ ZON KELABORAN

Pada 20.3.2012 iaitu 2 hari yang lalu sekolah SKST2 telah menyertai majlis tilawah al-quran , bercerita dan nasyid  yang telah diadakan di Sk Berangan 1. Dalam acara ini sekolah menyertai semua acara keculai pertandingan nasyid. Ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat diatasi.
SKST2 hanya memenangi naib johan hafazan, manakala acara lain  tidak mendapat apa-apa tempat.Namun kami warga sekolah mengucapkan syabas atas daya usaha mereka yang  melatih dan
kesungguhan peserta menyertai pertandingan ini amat kami hargai.


 Dalam majlis ini, adik Maisarah Shukri tahun 5 NIlam telah mendapat naib Johan dalam acara hafazan Al-Quran Juz Amma.( gambar atas )

                    Adik Roslina ( acara Tilawah) adik Sahirah bercerita  dan Maisarah (Hafazan)
bergambar di pentas sebaik acara berakhir.

 

Tuesday 6 March 2012

SUKAN OLAHRAGA ZON KELABORAN

Hari ini 7.03.2012..sekali lagi sekolah SK Sri Tumpat 2 menjadi tuan rumah bagi acara kejohanan olahraga peringkat ZON KELABORAN. Sebelum ini sekolah menjadi tuan rumah kejohanan Badminton dan sepaktakraw juga bagi zon yang sama pada Febuari lalu.

Kejohanan olahraga merupakan kali pertama diadakan di padang sekolah. Kejohanan disertai oleh 7 sekolah yang termasuk Zon Kelaboran iaitu  Sk Tumpat, SK Sri Tumpat1, SK Sri Tumpat2, SK Berangan1 , SK Berangan2, SK Kelaboran, dan SRJK Yuk Tze.

Acara kejohanan melibatkan acara100m ,80m, 200m,4x100,Lompat tinggi, Lompat jauh dan Lontar Peluru yang merangkumi  murid lelaki dan perempuan.Acara yang diadakan dengan secara sederhana tetapi meriah. Kejohanan dijangka tamat jam  4.00 petang.






Saturday 3 March 2012

Ucapan Sulong PKP Baru En Hashim Mohamed

Pada pagi ini, majlis perhimpunan pagi diadakan seperti biasa bermula jam 7.40 pagi dan berakhir jam 8.15 pagi. Perhimpunan pagi ini telah dimulakan dengan nyanyian negaraku,selamat sultan dan lagu sekolah.Diikuti pula dengan laporan guru bertugas dan penjelasan hal-hal disiplin sekolah oleh guru didiplin sekolah En Wan Md Zamri.

Majlis diakhiri dengan ucapan alu-aluan dari PK Pentadbiran baru En Hashim Mohamed. Beliau berharap agar murid-murid terus membudayakan ucapan salam dan terima kasih. Ini penting kerana salam adalah salah satu doa sesama Islam begitu ucapan terima kasih sebagai penghargaan atas pemberian sesuatu.