Friday 10 January 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2014

01  JANUARI  2014  lalu bermulalah persekolahan bagi 2014. SK SRI TUMPAT 2 bermula dengan kehilangan 2 orang guru yang begitu dedikasi dalam menjalankan tugas mereka.

   
1. Cikgu Abd Manaf Bin Abd Ghani yang telah berkhidmat di sekolah in sejak 1995 dan merupakan
guru Bahasa Melayu tahun 6 di samping menyandang tugas sebagai guru penjelaras jadual waktu serta guru bimbingan dan kaunseling sekolah.



2. Cikgu Roslina Adnan  pula telah mula mengajar di sekolah ini sejak tahun 2010 sebagai guru pemulihan. Beliau yang begitu tabah kerana berulang alik dari Bukit Marak pada setiap pagi demi menjalankan amanah yang telah ditetapkan

Pihak sekolah amar berbesar hati serta berterima kasih kepada kedua-dua guru ini atas jasa yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan mereka di sekolah ini. Mudahan mereka berdua akan terus maju jaya dalam tugas mereka di sekolah baru.Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan buat anak bangsa...amin

No comments:

Post a Comment