Monday 22 October 2012

KARNIVAL KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada pagi ini telah berlangsung karnival kesenian dan kebudayaan sekolah-sekolah peringkat Sekolah-sekolah negeri Kelantan yang diadakan di  Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulai sesi pendaftaran peserta. Pertandingan kali ini melibatkan beberapa acara:

Di Dewan Besar Sekolah : Pertandingan  Dikir Barat.
Di Dewan terbuka sekolah :  Pertandingan Wau Sobek
Di BIlik PSS  sekolah  : Bintang Kecil/Nyanyian lagu tradisional
Di Tingkat 3 sekolah    :  Pertandingan Batu Seremban dan Congkak

Acara -acara ini melibatkan sekolah rendah dan menegah  dari 10 PPD di negeri kelantan. Pertandingan bermula dari jam 9.00 pagi dan dijangka tamat jam 3.00 petang. Manakala Majlis penutup akan bermula jam 3.00 petang yang akan disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Di samping itu, bagi acara main coh pula telah dilaksanakan di  Sekolah Sri Neting kerana keadaan padang yang tidak sesuai disebabkan hujan turun sejak beberapa hari lalu.

No comments:

Post a Comment