Friday 2 November 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012

Pada pagi ini   30  Oktober 2012:

Murid tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam  melaksanakan program perkhemahan unit beruniform bermula dengan proses pendaftaran jam 10.30 pagi. Selepas itu mereka  diberikan taklimat oleh Kem komandan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah. Perkhemahan tahun ini agak lewat diadakan kerana tarikh yang ditetapkan sering bertembung dengan program besar PPD Tumpat.
Perkhemahan kali ini melibatkan murid  seramai 156 sepatutnya. Namun yang mendaftar diri di saat-saat akhir hanya berjumlah hampir 120 orang. Alhamdulillah majlis dapat dijalankan sebagaimana yang dirancangkan.








Selepas taklimat kem komandan , semua murid diberikan tugasan iaitu memasang khemah mengikut unit beruniform masing-masing. Selepas itu mereka  makan tengah hari di kantin sekolah. Dikuti pula dengan solat zohor berjemaah di dewan terbuka sekolah.

No comments:

Post a Comment