Saturday 10 November 2012

JAMUAN AKHIR MURID TAHUN 6 2012

Pada pagi ini  08.11.2012 bermula jam 10.40 pagi semua murid tahun 6 dan guru-guru berkumpul di dewan  Utama sekolah bagi  meraikan majlis perpisahan murid-murid tahun 6. Majlis ini telah diselenggarakan oleh guru kelas mereka iaitu  En Wan Mohd Zamri dan Pn Nik Hasfah serta dibantu oleh us Rumaizi Mohamed . Majlis ini diadakan saban tahun bagi meraikan murid-murid tahun 6 Nilam dan 6 Zamrud yang akan meninggalkan  alam persekolahn rendah .

Dalam Majlis yang serba sederhana meriah ini, murid-murid menikmati jamuan dengan diraikan oleh guru-guru. Majlis diserikan dengan ucapan wakil murid, ucapan wakil guru kelas, Ucapan Penolong Kanan dan ucapan perpisahan oleh Tuan Guru Besar kepada semua murid tahun 6.

No comments:

Post a Comment