Saturday 25 February 2012

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID 2012

Pada pagi ini  Unit Hal Ehwal MUrid sekolah yang dipimpin oleh PK HEM Pn Norizan Bt Mat dan AJK kerja telah melaksanakan majlis tahunanya iaitu majlis perlantikan pemimpin kecil yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua kelas serta penolong ketua kelas.

Majlis bermula jam 7.40 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Bacaan doa telah dilaksanakan oleh Us Rumaizi sebagai memberkati majlis yang diadakan.

Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Guru Besar sekolah En Mohd Saufi Mahmood dan diikuti dengan majlis perasmian perlantikan oleh En Mohd Saari ( INspektor Sukarelawan Polis) Daerah Tumpat.Beliau seterusnya menyampaikan watkah perlantikan kepada mujrid yang terlibat.Acara seterusnya diikuti dengan lafaz Ikran Pemimpin kecil oleh Ketua Pengawa sekolah.


 Guru Besar sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya

 Ketua Inpektor (SRP) En Saari sedang menyampaikan ucapan
dan mertasmikan majlis.


 En Saari  sedangkan memakaikan Blazer kepada ketua Murid.

 Timbalan ketua murid sedang menerima watikah perlantikannya.



Bacaan Ikrar pemimpun kecil SKST2 diketuai oleh
(Ketua Pengawas)

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Saari (KPS)
.

No comments:

Post a Comment