Friday 17 February 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK SRI TUMPAT 2 2012/1433H


 Suasana Pagi di tapak perhimpunan di  majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah yang diadakan
pada 16.02.2012 bersamaan 23 Rabiulawal 1433H. Majlis sambutan kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah. Pihak Pengelola iaitu Panitia Pendidikan Islam bersama Kelab Guru telah merancanag aktiviti
dengan dimulai dengan perarakan, ceramah agama, persembahan nasyid, sajak dan bercerita kisah nabi. majlis diakhiri dengan majlis makan tengahari kepada semua murid dan guru.




Us Rumaizi dan En Mohd Yamin (PKKO) sedang
mengetuai majlis berselawat sebelum perarakan bermula. 





Murid-Murid tahun 6 Nilam dengan sepanduk yang telah merekaciptakan sendiri bersama guru kelas mereka semata-mata untuk majlis yang telah dirancangkan ini










Perarakan maulidurrasul diadakan dengan diketuai oleh Guru besar SKST2 sendiri serta diirringi oleh PK Ko En Mohd Yamin bersama murid-murid  berarak di kawasan sekolah dengan berselawat dengan penuh semangat.Diikuti pula selepas perarakan dengan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid sekolah.Ceramah juga diselitkan selama  1 jam yang disampaikan oleh tn Hj Johari Abdullah, penolong pegawai pendidikan Daerah Tumpat.




Tn Hj Johari sedang menyampaikan ceramah maulidurrasul kepada murid-murid di dewan sekolah.


Adik Shahri sedang membuat persembahan bersajak Maulidurrasul kepada para pendengar.

No comments:

Post a Comment