Friday 17 February 2012

MESYUARAT PIBG SKS SRI TUMPAT KALI KE-18 2012

Pada petang Jumaat 17.02.2012 jham 3.00 petang telah diadakan mesyuarat Agung tahunan PIBG sekolah yang telah dirasmikan oleh En Wan Hanapi wan Yaacob ( Naib Ketua UMNO bahagian Tumpat) merangkap YDP PIBG SK Sri Tumpat 2.

Kehadiran Ibu bapa hampir 177 orang telah menjadikan mesyuarat pada petang ini amat bermakna kepada pihak sekolah dalam membantu menerangkan dasar-dasar sekolah serta perancangan sekolah kepada pihak ibu bapa.

Mesyuarat hari khusus untuk membentangkan aktiviti yang dilaksanakan pada tahun lalu dan juga bagi merancang aktiviti bagi tahun 2012. Mesyuarat hari ini bersetuju agar yuran PIBG  sebanyak RM12.00
kepada setiap ibu bapa bagi membantu sekolah melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Majlis ini diserikan dengan persembahan nasyid, sajak dan juga cabutan bertuah yang disumbangkan oleh YDP sendiri iaitu 2 buah basikal, En Mohd Zuki 10 hamper dan kedai sekolah juga menyumbang 10 hamper.

Gambar sekitar majlis yang diadakan








No comments:

Post a Comment