Saturday 11 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT DI SKST2

Pada 09.08.2012 yang baru berlalu (Khamis) pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa di dewan Besar sekolah. Majlis ini anjuran pihak sekolah yang diselaraskan oleh PKP En Hashim Mohamed dan Unit Pendidikan Sekolah.

Ibu bapa dan murid tahun 4,5,6  dijemput hadir ke majlis ini. Semua guru sama-sama menjayakan majlis ini yang julung kali diadakan di sekolah SKST2. Majlis dihadiri  termasuk guru KAFA dan anak-anak berjumlah hampir 300 orang.

Sebelum berbuka diadakan majlis penyampaian kecemerlangan Percubaan UPSR  yang baru berlalu. Hadiah khusus kepada murid yang mendapat 5A ( 4 orang) 4A ( 5 orang) 3A ( 5 orang). Selepas itu diikuti dengan majlis tahlil dan berbuka puasa.

Selepas solat magrib pula, diadakan solat hajat khusus untuk murid -murid tahun 6 dan amnya kepada semua murid serta keberkatan kepada sekolah sepanjang tahun 2012.










No comments:

Post a Comment