Tuesday 28 August 2012

Sambutan PK HEm Baru SKST2

Jam 10.40 pagi warga SK Sri Tumpat 2 berkumpul di hadapan sekolah menyambut kedatangan PK HEM baru. Sebenarnya semua warga sekolah amat terkejut dengan berita pertukaran PK HEM Pn Norizan Mat ke Sk Bunohan. Manakala PK HEM SK Bunohan pula bertukat ke SK Sri Tumpat 2.

PK HEM baru En Mohd Nursi B Mohd Sidek disambut dengan suasana yang  sederhana meriah, kerana dalam waktu yang sama warga sekolah akan kehilangan PK HEM Pn Norizan.Pendek kata semua merasa sedih atas pertukaran beliau. Namun itu perlu diterima kerana ia merupakan perkara yang perlu dilalui dalam perkhidmatan pendidikan.

No comments:

Post a Comment