Tuesday 14 August 2012

Penyerahan Wang sumbangan Zakat dari Giffarine Malaysia

Pada 14.08.2012 lepas, pihak sekolah telah menerima kunjungan muhibbah daripada Cik Wan Syazana Bt W. Abd Rahman( Pengurus Penjenamaan Produk Giffarine) yang merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Giffarine Skyline Malaysia. Kehadiran rombongan seramai 5 orang adalah untuk menhantar wang zakat dari syarikat untuk diagihkan kepada mereka yang layak

Di samping itu mereka juga ingin memperkenalkan produk Giffarine kepada warga SKST2. Majlis diadakan pada jam 1.30 tengahari di bilik Mesyuarat Utama. Sumbangan  zakat ini amat bermakna kepada murid-murid miskin di sekolah kami.

Didalam majlis ini juga , para guru yang hadir mendengar  maklumat produk  diberi cabutan bertuah oleh syarikat.





No comments:

Post a Comment