Tuesday 14 August 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN SUMBANGAN DUIT RASAY 1433/2012

Pada pagi ini tepat jam 11.00 pagi semua murid berhimpun di dewan terbuka untuk majlis penyampaian zakat dan duit raya. Seramai 34 orang penerima bantuan zakat di dalam majlis yang diadakan pada pagi ini. Manakala 10 orang murid pula menerima bantuan  aidilfitri dari tabung Ihya Rmadhan sekolah.

Penyampaianh zakat adalah  hasil sumbangan syarikat Giffarine  Skyline Malaysia (RM2000) dan Persatuan Nelayan Tumpat (RM1000) dan  orang perseorangan (RM400). Majlis pada pagi ini dipengerusikan oleh En Mohamad Zawawi dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah( En Hashim Mohamed.)

Di samping itu pula, semua murid  diberikan duit raya  RM3  setiap seorang termasuk PRA  hasil sumbangan semua guru SKST2. Majlis diadakan dalam suasana yang meriah dan penuh dengan keceriaan. Terutama para ibu bapa yang menerima sumbangan zakat RM100 setiap seorang.













No comments:

Post a Comment